Warga emas maut dirempuh babi

Sebaran :

Warga emas maut dirempuh babi

BALING: Seorang warga emas maut akibat dirempuh seekor babi hutan ketika menunggang motosikal di Jalan Kampung Charok Juan, Batu 7 Rambong, Jalan Kroh-Baling di sini semalam.

Mangsa dikenali sebagai Rosli Che Hassan, 59, berasal dari Kampung Batu 7, Jalan Kroh-Baling di sini mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kejadian berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai mekanik menunggang motosikal jenis Honda Wave pulang dari Hospital Daerah Baling setelah berjumpa isterinya pada pukul 10.20 malam.



“Kejadian berlaku apabila mangsa dalam perjalanan pulang itu dipercayai telah dirempuh seekor binatang dipercayai babi hutan yang keluar dari semak di sebelah kanan jalan.

“Babi hutan tersebut telah merempuh di bahagian sisi sebelah kanan motosikal mangsa menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim dekat sini untuk bedah siasat.

Tambahnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987. Utusan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *