Untung Berbilion Ringgit, Semua Bank Wajar Serap Caj MEPS RM1.00 – Pemuda UMNO

Untung Berbilion Ringgit, Semua Bank Wajar Serap Caj MEPS RM1.00 – Pemuda UMNO

Pemuda UMNO berpendirian tegas sekarang bukanlah masa sesuai untuk meneruskan kembali caj RM1.00 (Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia-MEPS) yang dikenakan bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank.

Ujar Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, sebaliknya inilah masanya bank-bank wajar menzahirkan nilai-nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebenar berbanding hanya membudayakan orientasi kapitalisme memaksimumkan keuntungan semata-mata.



Katanya, bank-bank utama tempatan sepatutnya boleh sahaja menyerap caj RM1.00 bagi setiap pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang otomatik (ATM) demi rakyat.

“Kerana semakan keuntungan terkumpul bagi tahun 2021 sehingga 30 September 2021 (9M/2021) mencecah puluhan bilion ringgit,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Di dalam statusnya itu, Dr Asyraf turut menyenaraikan keuntungan yang diperolehi oleh pihak bank pada tahun semasa.



Maybank – RM6.04 bilion
Public Bank – RM4.28 bllion
CIMB – RM3.44 bilion
Hong Leong Bank – RM2.17 bilion
RHB – RM1.99 bilion
AMMB – RM707.64 juta
Bank Islam – RM454.67 juta
Affin Bank – RM320.09 juta
Alliance Bank – RM315.75 juta

Tambah Dr Asyraf lagi, dalam keadaan pandemik yang belum reda, prospek pemulihan ekonomi yang lembab, harga barang keperluan naik mencanak, tiada lagi moratorium bermula Januari, bantuan tunai kerajaan yang bersasar dan tidak menyeluruh dan tiada keputusan pengeluaran terakhir simpanan sendiri Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); pastinya semua ini menunjukkan situasi rakyat yang sukar dan masih bergelut dengan kekurangan tunai.

Semalam, dilaporkan ada bank tempatan mengumumkan bahawa mereka akan mengenakan semula caj RM1.00 kepada pelanggan yang mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bukan milik mereka dan akan dikuatkuasa pada 1 Februari tahun hadapan. – UMNO ONLINE

Untung Berbilion Ringgit, Semua Bank Wajar Serap Caj MEPS RM1.00 – Pemuda UMNO



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

One Comment

  1. Harap juga khidmat pertanyaan baki di ATM bukan milik pelanggan tidak dikenakan caj RM1.00. Setakat ini hanya khidmat mengeluarkan wang sahaja tidak dikenakan caj RM1.00.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker