Semua kena bersama dalam usaha keluar krisis pandemik – Ismail

Semua kena bersama dalam usaha keluar krisis pandemik – Ismail

MEMBINA semula ekonomi bukanlah sesuatu yang mudah, oleh itu adalah penting bagi rakyat Malaysia untuk terus bersatu ketika negara mengharungi jalan keluar daripada kemelesetan ekonomi yang disebabkan pandemik.

Itu saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, falsafah yang menyokong perniagaan Malaysia dibuktikan dengan komitmen kerajaan terhadap konsep perkongsian awam-swasta.

“Justeru, saya menyeru sektor swasta untuk menjadi pemangkin kepada pembaharuan bagi memacu kemampanan dan seterusnya menyumbang kepada matlamat kolektif kita untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya tahan,” kata Perdana Menteri dalam ucapan perasmian yang dirakam lebih awal pada Sidang Kemuncak Ekonomi dan Teknologi China Global (GCET), di Pulau Pinang, hari ini.

Perdana Menteri berkata, Malaysia menawarkan kelebihan yang tiada tandingan kepada pelabur bukan sahaja sebagai gerbang masuk ke ASEAN tetapi juga kepada pasaran dunia sementara beberapa organisasi antarabangsa dalam laporan terkini membuktikan keberkesanan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Sebagai conth, beliau berkata, Pusat Daya Saing Dunia IMD menempatkan Malaysia sebagai negara ke-25 paling berdaya saing dalam kalangan 64 ekonomi pada 2021 dan Forum Ekonomi Dunia mengenai Indeks Kesediaan Rangkaian 2016 meletakkan Malaysia di tempat ke-6 kerajaan paling arif digital daripada 139 ekonomi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, dalam mengiktiraf potensi ekonomi China, Malaysia mempelopori jangkauan diplomatik ke negara itu dan menjadi negara anggota ASEAN pertama yang merasmikan hubungan diplomatik dengan China pada 1974.

Beliau berkata, bersandarkan kepada persahabatan yang erat dan berkekalan, Malaysia dan China terus mengukuhkan hubungan ekonomi walaupun semasa krisis semasa dan China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 2009 menyumbang 18.6 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada 2020.

“Eksport ke China mencatatkan paras tertinggi baharu pada 2020, berkembang sebanyak 11.1 peratus kepada AS$37.77 bilion dan China juga merupakan sumber import terbesar Malaysia, menyumbang 21.5 peratus daripada jumlah import,” katanya.

Mengenai pelaburan, Perdana Menteri berkata, China muncul sebagai pelabur asing terbesar dalam sektor pembuatan di Malaysia dari 2016 hingga 2020.

Beliau berkata, sepanjang lima tahun ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 243 projek dengan jumlah pelaburan AS$14.91 bilion, menyediakan lebih 50,000 peluang pekerjaan di Malaysia.

“Syarikat China yang terkenal seperti Huawei, Longi Solar, Jinko Solar, Alliance Steel, Alibaba Group, Geely Auto Group, Xiamen University dan banyak lagi telah menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan masing-masing. Kehadiran syarikat-syarikat terkenal dunia ini adalah bukti ekosistem mesra perniagaan Malaysia,” katanya.

Sidang kemuncak GCET satu hari yang diadakan bertujuan mempromosikan kerjasama dan diplomasi perniagaan, budaya dan ekonomi digital turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing. Utv

Semua kena bersama dalam usaha keluar krisis pandemik – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker