Kemenangan PRN Melaka Model Terbaik Bawa Semangat Menuju PRU-15 – Kamaruzzaman

Kemenangan PRN Melaka Model Terbaik Bawa Semangat Menuju PRU-15 – Kamaruzzaman

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Kamaruzzaman Johari berharap mood kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dapat diterjemahkan pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) kelak.

Katanya, mesyuarat UMNO peringkat bahagian yang bakal berlangsung pada Sabtu ini juga merupakan medium terbaik untuk bertukar pandangan agar persiapan menuju ke PRU-15 ini dapat dilakukan dengan sebaik mungkin.



“Semua ahli parti dalam keadaan semangat selepas PRN Melaka ini. Di peringkat mesyuarat Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri pada minggu lalu mereka membawa gelombang semangat ini kepada persediaan menuju pilihan raya.

“Jadi kita di bahagian itu juga dengan tahap kesiapsiagaan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya.

“Kita pun tidak tahu bila tapi persediaan itu dengan semangat yang ada pada PRN Melaka kalau kita tengok kehadiran semua yang tak pernah berlaku… ramai yang datang itu antara semangat yang ada dan sudah tentu kita jolok dengan kekuatan itu ke arah pilihan raya,” katanya ketika dihubungi UMNO Online.

Sementara itu, beliau juga Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu menjangkakan pelbagai isu akan diketengahkan pada persidangan kali ini yang menurutnya juga bakal membawa manfaat kepada masa depan parti.



“Kita punya tumpuan kepada mengukuhkan parti di semua peringkat dalam membawa isu-isu berkemungkinan gabungan parti akan masuk ke PRU… termasuk masa mesyuarat minggu lepas berbincang berkenaan MN.

“Walaupun di Melaka bertanding solo tapi di Selangor ini dia berbeza jadi pengukuhan itu berlaku dalam keadaan kekalahan sebanyak tiga kali… semua ketua bahagian ini faham bahawa perlu ada pembaharuan mesti dilihat bukan untuk merosakkan parti tetap lebih kepada hendak meremajakan parti,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

Kemenangan PRN Melaka Model Terbaik Bawa Semangat Menuju PRU-15 – Kamaruzzaman



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker