Agnel mengaku ‘main’ dengan anak gadis jurulatih

MULHOUSE: Pemenang dua pi­ngat emas Sukan Olimpik 2012, Yannick Agnel mengakui ada melakukan hubungan seks de­ngan gadis bawah umur iaitu salah seorang anak perempuan jurulatihnya, kata seorang pendakwa raya, kelmarin.

Perenang berusia 29 tahun itu kini berada dalam tahanan polis Mulhouse sejak Khamis lalu selepas ditahan di kediamannya di Paris atas dakwaan merogol dan melakukan serangan seksual ter­hadap gadis terbabit.

Kata pendakwa raya tersebut, Edwige Roux-Morizot menerusi satu sidang akhbar semalam, Agnel bagaimanapun tidak berasakan perbuatannya itu sebagai paksaan.

Tambahnya, begitupun ter­ma rogol dan serangan seksual dikenakan terhadap Agnel kerana terdapat jurang besar dalam usia di antara tertuduh dengan plaintif, Naome Horter iaitu anak perempuan jurulatih Lionel Horter.

Jelas Roux-Morizot, mereka berdua melakukan hubungan seks pada 2016 di mana Agnel ketika itu berusia 24 tahun, manakala gadis tersebut 13 tahun.

Sementara itu, Persekutuan Renang Perancis (FFN) dalam satu kenyataan kelmarin memberitahu, badan induk itu sedia melancarkan tindakan sivil dalam kes tersebut.

“FFN diberitahu tentang pe­ngakuan Agnel tentang ‘bahan dakwaan terhadapnya’. Keputusan dibuat secara rasmi semalam untuk menjadi pihak sivil di hadapan mahkamah kehakiman Mulhouse dalam kes ini,” kata FFN.

Perenang Perancis itu merupakan pemegang emas acara 200 meter dan 4x100m gaya bebas, selain menang perak 4x200m di Sukan Olimpik 2012 London. – AGENSI

Agnel mengaku ‘main’ dengan anak gadis jurulatih


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PH tidak akan sokong RUU pindaan Akta 342

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker