Lim Kit Siang Akui Pengundi Kecewa Dengan PH Yang GAGAL

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

PAKATAN Harapan(PH) gagal sebagai sebuah kerajaan ketika memerintah Malaysia selama 22 bulan, itu fakta, semua rakyat Malaysia tahu. Oleh itu, Lim Kit Siang terpaksa mengakui bahawa banyak pengundi kecewa dengan pentadbiran 22 bulan PH ketika mentadbir di Putrajaya, malah beliau sendiri akui turut tidak gembira dengan prestasi parti berkenaan ketika mereka berkuasa.

Ironinya, Lim Kit Siang bertindak menyalahkan pihak lain atau lebih tepat rakan sekutu DAP yang lain atas kegagalan tersebut. Orang yang bongkak tidak akan mengakui kesalahan diri sendiri. Mereka tidak akan terima kelemahan dan kekurangan diri.

Tanpa rasa malu, Lim Kit Siang mendakwa DAP akan menunaikan semua janji dalam manifesto PH pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekiranya parti itu secara bersendiri membentuk kerajaan persekutuan sedangkan semua pihak tahu bahawa DAP tidak akan mampu membentuk kerajaan secara sendirian. Mereka perlukan sokongan orang Melayu melalui Mahathir, PKR dan PAN.



Manifesto PH tersebut sering diberi jolokan “manifesto kencing Rakyat” dikatakan mengandungi janji-janji palsu yang tidak masuk akal untuk menipu rakyat Malaysia maka sudah tentu jika DAP sebagai kerajaan solo pun tidak akan mampu merealisasikannya.

Tindakan Lim Kit Siang menyalahkan PPBM, PKR, PAN, Warisan dan UPKO dilihat sebagai pengkhianatan kepada sekutu politik mereka. Sikap tersebut sangat tidak bermoral dan menjijikkan.

Untuk memberi gambaran yang lebih jelas, Ahli Parlimen DAP mengisi sebanyak 12 jawatan melibatkan enam Menteri dan enam Timbalan Menteri dalam barisan kabinet kerajaan PH.

Berikut adalah senarai Ahli Parlimen DAP yang berada dalam Kabinet:



Menteri

Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Ahli Parlimen Bagan)
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Ahli Parlimen Seremban)
Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Ahli Parlimen Puchong)
Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ahli Parlimen Ipoh Barat)
Menteri Industri Utama: Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputeh)
Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin (Ahli Parlimen Bakri)

Timbalan Menteri

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Stampin)
Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli: Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Ahli Parlimen Raub)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh (Ahli Parlimen Segambut)
Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai)
Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam)
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Dr Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Bangi)



Menteri DAP mendominasi jawatan dalam kabinet PH namun Lim Kit Siang tetap menyalahkan rakan sekutu lain atas kegagalan PH mentadbir Malaysia. Bongkak dan hipokrit itulah perkataan yang sesuai untuk ditujukan kepada Lim Kit Siang.


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published.