Bapa Pelakon Allahyarham Vanessa Angel Dikecam Tabur Bunga di Tol Jambang, Lokasi Kemalangan Anak

Bapa Pelakon Allahyarham Vanessa Angel Dikecam Tabur Bunga di Tol Jambang, Lokasi Kemalangan Anak

BAPA pelakon Allahyarham Vanessa Angel, Doddy Sudrajat kembali meraih perhatian dan dikritik netizen apabila melakukan aksi tabur bunga di lokasi kemalangan anaknya, Tol Jombang.

Menerusi Instastory, Doddy Sudrajat kelihatan berada di pembahagi jalan tol bersama bunga yang bakal ditabur.

“Alfatihah anaku Vanessa Adzania. Husnul khotimah nak. Daddy sangat sayang sama kakak tetapi Allah lebih sangat menyayangi kakak,” tulis Doddy Sudrajat.

Doddy bersama lebih lima orang berada di lokasi kemalangan yang mengorbankan Vanessa dan suami.

Kereta mereka diparkir di bahu jalan tol iaitu di sisi kiri jalan Ngajuk- Surabaya.

Bagaimanapun, tindakan berbahaya itu ditegur Ketua Badan Pengatur Jalan Tol, Danang Perikesit yang memberitahu pengguna jalan raya dilarang sama sekali berhenti di kawasan itu.

“Bagi kegiatan di bahu jalan perlu mendapatkan izin dahulu supaya lalu lintas tidak terganggu,” ujarnya seperti dipetik Detik.com.

Tambahnya, hanya kenderaan yang bermasalah dan rosak sahaja yang dibenarkan menggunakan bahu jalan kerana sangat bahaya.

Vanessa dan Febri atau Bibi meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur pada Khamis, 4 November lalu.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan – DETIK.COM 

Bapa Pelakon Allahyarham Vanessa Angel Dikecam Tabur Bunga di Tol Jambang, Lokasi Kemalangan Anak

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker