20 tahun ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, Johnny Lever Dedah Watak Rohan Adalah..[VIDEO]

20 tahun ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, Johnny Lever Dedah Watak Rohan Adalah..[VIDEO]

PELAKON dan pelawak Bollywood Johnny Lever mendedahkan bahawa anaknya Jesse Lever merupakan pelakon kanak-kanak di dalam salah satu adegan dalam filem popular Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Menerusi perkongsian Johnny di Instagram, anak beranak itu melakonkan semula adegan yang memaparkan watak Hrithik Roshan Rohan cuba mencari lokasi abangnya Rahul (Shah Rukh Khan) dan isterinya Anjali (Kajol).

Johnny memainkan watak seorang penjaga kedai di Chandni Chowk Delhi iaitu Haldiram, manakala Jesse pula memeggang watak anaknya, Ghasitaram dalam filem berkenaan.

“20 tahun lalu kami merakam adegan istimewa ini dengan @jesse_lever @hrithikroshan @himanishivpuri daripada #kabhikhushikabhigham.



“Tahniah kepada @karanjohar dan seluruh pasukan! @dharmamovies @sonymusicindia #20YearsOfK3G,” tulis Johnny dalam kapsyen video yang dimuat naik.

View this post on Instagram

A post shared by Johny Lever (@iam_johnylever)



Filem arahan Karan Johar itu dibintangi oleh Shah Rukh Khan, Kajol, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan sebagai watak utama serta penampilan istimewa daripada Rani Mukerji.

Filem ini akan meraikan ulang tahun ke-20 tayangannya pada 14 Disember.



Peminat memberi komen positif kepada Johnny di ruangan komen dengan memberikan pujian seperti ‘raja komedi’ dan ‘legenda’.

“Wah ini anak awak sendiri @iam_johnylever,” tulis salah seorang peminatnya.

“Anda dapat melakonkan semula dengan sempurna selepas 20 tahun, tiada siapa yang dapat menandingi anda tuan,” kata seorang lagi peminat Johnny. –HINDUSTANTIMES

20 tahun ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’, Johnny Lever Dedah Watak Rohan Adalah..[VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker