Pegawai bomba terkena letupan di Segamat meninggal dunia

Pegawai bomba terkena letupan di Segamat meninggal dunia

JOHOR BAHRU: Pegawai Bomba Mohd Firdaus Sulaiman yang cedera parah akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat, Sabtu lepas, meninggal dunia di Hospital Segamat, awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail berkata Mohd Firdaus, 32, meninggal dunia pada kira-kira pukul 4.10 pagi tadi akibat kecederaan parah yang dialaminya.

Beliau berkata pegawai bomba yang telah berkhidmat di balai bomba berkenaan sejak 2013 itu, meninggalkan seorang isteri, Nurul Jannah Abd Hamid Khan, 29, dan anak perempuan Aisy Alisha Mohd Firdaus, 3.

“Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan buat seluruh pasukan balai bomba ini dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, amnya.


Mohd Firdaus Sulaiman.

“Beliau merupakan seorang pegawai yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab. Seluruh keluarga JBPM menyanjung tinggi jasa Allahyarham kerana sentiasa setia dan komited menjalankan tugas,” kata beliau ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Mazuki berkata jenazah kini berada di Jabatan Forensik di hospital berkenaan untuk proses mandi dan kafan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya.

Jenazah Mohd Firdaus dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Zaitun, Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.15 pagi Sabtu lepas, Mohd Firdaus dan seorang anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang cedera parah manakala seorang lagi pegawai bomba melecur akibat terkena letupan ketika operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu. FMT

Pegawai bomba terkena letupan di Segamat meninggal dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker