Suhaimi Saad Ubatkan Anak Demam Dengan Hanya Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah

Suhaimi Saad Ubatkan Anak Demam Dengan Hanya Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah

Sedia maklum, bekas penyanyi kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad sebelum ini sering mendapat perhatian orang ramai dengan kontroversi yang sering dicetus olehnya.

Kali ini, perkara yang mendapat menarik perhatian warganet adalah apabila dia memuat naik sebuah status di akaun Facebooknya cara dia menyembuhkan demam anak-anaknya.

Di dalam perkongsian itu, dia memberitahu dia mengambil inisiatif sendiri dengan hanya memberi minum segelas air yang dibacakan Al-Fatihah bagi menyembuhkan anak-anaknya yang dijangkiti demam sama seperti dirinya.

Sebelum itu, dia ada berkongsi sebuah status di mana dia memberitahu dirinya sudah sekian lama tidak demam dan difahamkan anak-anaknya juga turut demam.

Terdahulu, menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya, Suhaimi sempat menjawab pertanyaan seorang pengikutnya adakah dirinya sudah mengambil suntikan vaksin dan memberitahu beliau tidak memilih cari ikhtiar seperti itu. Bn

Suhaimi Saad Ubatkan Anak Demam Dengan Hanya Segelas Air Dibacakan Al-Fatihah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker