Didedahkan ‘Butler’ diupah oleh ahli perniagaan untuk rakam mesyuarat sensitif kediaman PM



PETALING JAYA: Bekas penasihat Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan, seorang pekerja di kediaman Perdana Menteri di Putrajaya ketika itu ‘dirasuah’ seorang ahli perniagaan bagi merakam pelbagai ‘mesyuarat sensitif’ di kediaman berkenaan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2018.

Free Malaysia Today atau FMT yang memetik tulisan Romen Bose, bekas wartawan dan pernah bertugas sebagai pegawia komunikasi di dalam pentadbiran Najib melaporkan, antara lain, kakitangan itu, seorang pelayan (butler), merakam mesyuarat yang melibatkan perancangan menghadapi PRU 2018 dan perbincangan melibatkan isu keselamatan negara.

Dalam bukunya, ‘Final Reckoning: An Insider’s View of The Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government‘, Bose menulis, kerja-kerja pengintipan kakitangan berkenaan terbongkar beberapa minggu sebelum PRU oleh pasukan keselamatan Najib semasa melakukan pemeriksaan rutin.

Bose, yang merupakan perunding komunikasi politik Najib ketika itu, mendapat tahu keadaan itu apabila tahap keselamatan di kediaman dan Pejabat Perdana Menteri tiba-tiba diperketatkan.

Beliau mulanya menyangka ia kerana ancaman keselamatan atau risiko keganasan, tetapi seorang pembantu Najib mendedahkan perkara sebenar.




Bose diberitahu, salah seorang pelayan ‘butler’ di kediaman Najib dijadualkan pulang ke rumah dan pegawai keselamatan Najib memeriksa begnya seperti biasa.

“Apa yang mereka temukan ialah beberapa pita rakaman tersembunyi bersama pakaian ‘butler’ itu,” tulis Bose dalam bukunya.

3 ‘Tan Sri’ rancang tahan Najib semasa mesyuarat Kabinet didedahkan

Beliau berkata rakaman itu melibatkan beberapa ‘mesyuarat sensitif yang diadakan di lokasi berlainan di kediaman Najib’.

Ketika disoal siasat, ‘butler’ itu mengaku menerima upah lumayan daripada seorang ahli perniagaan yang kerap menemuinya untuk mengumpul pita rakaman itu. Kakitangan itu kemudiannya dipecat dan kes itu disiasat polis.

Bagaimanapun Bose berkata, perkara itu tidak akan didedahkan kepada umum tetapi polis Cawangan Khas memantau ahli perniagaan terbabit untuk mengetahui motifnya dan sama ada dia bekerjasama dengan pembangkang mahupun ejen asing.




Namun dakwanya, susulan PRU14 dan kejatuhan kerajaan BN, ‘hasil siasatan Cawangan Khas disembunyikan manakala ahli perniagaan itu tidak didakwa’.

Didedahkan ‘Butler’ diupah oleh ahli perniagaan untuk rakam mesyuarat sensitif kediaman PM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


500,257 pencari kerja dapat peluang pekerjaan



Leave a Reply

Your email address will not be published.