3 ‘Tan Sri’ rancang tahan Najib semasa mesyuarat Kabinet didedahkan

Najib Razak hampir menjadi mangsa rampasan kuasa oleh “tiga Tan Sri” yang bersekongkol dengan pemimpin lain untuk menahan beliau secara tidak sah sewaktu mempengerusikan mesyuarat Kabinet, dakwa bekas pembantunya.

Bagaimanapun, sehari sebelum plot itu dilaksanakan, Najib mengambil beberapa tindakan yang menggagalkan rancangan tiga Tan Sri berkenaan iaitu, bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Zeti Akhtar Aziz, bekas Peguam Negara, Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abu Kassim Mohamed.

Butiran komplot untuk mengguling Najib sebagai Perdana Menteri terkandung dalam buku tulisan Romen Bose, yang bakal berada dalam pasaran. Bose ialah bekas wartawan dan penasihat komunikasi politik kepada Najib, dari 2012 hingga 2018.

Bose, mendakwa Zeti, Gani dan Abu Kassim adalah antara yang terlibat dalam plot untuk menggulingkan Najib pada 29 Julai 2015, namun tidak berjaya.

Romen Bose.

Zeti dan Gani ialah anggota utama dalam Pasukan Petugas Khas 1MDB yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam artikel Wall Street Journal serta Sarawak Report berhubung tuduhan penglibatan Najib dalam menyeleweng dana negara. Abu Kassim pula ialah penasihat pasukan petugas khas itu.

Individu lain yang didakwa terbabit dalam plot rampasan kuasa itu termasuk Muhyiddin Yassin, yang ketika itu timbalan Najib dan Shafie Apdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Dua hari selepas artikel itu muncul (menggunakan dokumen yang didakwa dibocorkan BNM, Jabatan Peguam Negara dan SPRM), satu mesyuarat rahsia pasukan petugas itu diadakan untuk merancang penyingkiran dan penahanan Perdana Menteri,” tulis Bose memetik beberapa sumber.

“Abu Kassim didakwa mengetuai desakan untuk Najib ditahan, walaupun pasukan petugas itu tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan beliau (Najib) bersalah. Apa yang mereka ada ialah sekadar spekulasi dan gerak hati.

“Seterusnya, satu draf kertas pertuduhan dikatakan dibuat pejabat Abu Kassim, yang mendakwa Najib menerima RM27 juta secara rasuah bersama pecah amanah sebagai pertuduhan alternatif. Ini kemudiannya didakwa diubah kepada penyelewengan jenayah,” menurut Bose dalam buku itu.

Ini bertentangan dengan kelaziman, di mana polis atau agensi penguatkuasaan lain akan melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada melakukan pendakwaan.

Bose berkata, mengikut plot yang diatur itu, pegawai kanan polis yang setia kepada kumpulan perancang akan ditempatkan di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra, manakala pegawai yang setia kepada Timbalan Ketua Cawangan Khas Bukit Aman, Abdul Hamid Bador akan menemani Gani ke dalam bilik mesyuarat Kabinet.

Sebaik sahaja Najib tiba, Gani didakwa akan memberi sepatah dua kata kepada anggota Kabinet dan membacakan pertuduhan terhadap Najib serta mengumumkan penahanannya.

Anggota polis kemudian dikatakan akan mengerumuni bilik mesyuarat dan menahan Najib.

Najib, BN bakal ulangi fenomena kebangkitan reformasi Anwar

Mengikut perancangan, Najib akan digari dan ditutup kepalanya dengan “beg hitam” sebelum dibawa ke kenderaan polis yang sedang menunggu.

Bose berkata, mengikut rancangan itu, Muhyiddin akan mengambil alih dan mempengerusikan mesyuarat Kabinet, dengan semua menteri dijangka melafazkan ikrar taat setia kepadanya sebagai Perdana Menteri baharu.

Mereka yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa itu didakwa turut merancang mendapatkan seorang “hakim mudah dipengaruhi” untuk menerima draf pertuduhan dan mengarahkan penahanan Najib dengan segera, katanya.

Menurut Bose, apabila beliau memaklumkan Najib berhubung plot terhadapnya, Ahli Parlimen Pekan itu “nampaknya” sudah tahu mengenainya, tetapi tidak bertindak sehingga sehari sebelum rampasan kuasa itu dijadualkan berlaku.

Tindakan itu melibatkan pemecatan beberapa pemain utama dalam konspirasi berkenaan.

“Pada Selasa, ketua perkhidmatan awam (Ketua Setiausaha Negara) Ali Hamsa menemui Gani di Jabatan Peguam Negara untuk memaklumkan beliau sudah digantikan, sementara butiran keselamatan Najib diperkukuhkan.

“Perdana Menteri (turut) memaklumkan Muhyiddin serta Shafie bahawa mereka akan digantikan dalam rombakan kecil Kabinet yang akan berlaku pada hari sama.”

Bose dilihat kagum dengan cara rampasan kuasa itu dipatahkan.

“Pada pagi itu sahaja, beberapa perancang utama yang didakwa itu disingkirkan tanpa sebarang keganasan atau pertumpahan darah, serta rancangan rampasan kuasa…digagalkan – gaya Malaysia.”

Buku Bose bertajuk “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government” akan berada di pasaran mulai 14 Dis ini. FMT

3 ‘Tan Sri’ rancang tahan Najib semasa mesyuarat Kabinet


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Saya akan terus membela diri dan menegakkan kebenaran di mahkamah dunia – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker