Umat Islam didiskriminasi dalam isu arak, solat Jumaat, pemakaian tudung
Sekurang-kurangnya tiga isu perlu dipandang serius oleh kerajaan bagi memastikan pekerja muslim tidak didiskriminasi di tempat kerja.
Antara isu yang wajar diberi perhatian adalah pengendalian menjual arak, menunaikan solat Jumaat serta pemakaian tudung bagi wanita muslim.
Sehingga kini tidak kelihatan sebarang undang-undang melindung pekerja muslim meskipun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
Ekoran itu, Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Bangi, Ustaz Bilal Jailani mendesak, ahli politik yang mewakili umat Islam di luar sana segera menggubal undang-undang bagi menangani isu berkenaan.
“Tolonglah gubal undang-undang yang tidak mendiskriminasikan muslim di tanah air mereka. Islam adalah agama Persekutuan. Jadi macam mana muslim didiskriminasi disebabkan tiga perkara ini?” soalnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel program Dimensi yang bertajuk ‘Jual Arak Jenayah, Namun Masih Berleluasa?’ yang disiarkan secara langsung di TV Pertiwi, malam ini.
Ditanya mengenai penyelesaian dalam menghentikan penjualan minuman keras, Ustaz Bilal berpendapat bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) memainkan peranan.
Jelasnya, PBT boleh mengawal selia isu ini melalui lesen yang diberikan.
“Arak ada dua jenis, satu minuman ringan yang mengandungi tiga hingga enam peratus alkohol, satu lagi enam peratus ke atas. Enam peratus ke atas yang ‘dibanned’ di KL.
“Dalam Akta Eksais 1976, tidak perlu apa-apa permit untuk menjual arak tiga-enam peratus.
“Justeru, (tindakan) paling cepat sekali PBT boleh masukkan peruntukan ini dalam permohonan lesen perniagaan,” katanya.
Pautan Dimensi;
https://www.facebook.com/TvPertiwi/videos/616981809411422
Umat Islam didiskriminasi dalam isu arak, solat Jumaat, pemakaian tudung
Baca Artikel Menarik:
- Pasca PKP Ramai Perlukan i-Citra RM10 Ribu, PM Beri Komitmen Perhalusi Bersama Menteri Kewangan –Dr Asyraf
- Remaja bantu kejar pencuri tapi dibelasah polis
- Selepas 100 hari, ini lima kementerian paling cemerlang
- Pekerja binaan jumpa ular sawa 250kg
- Selain Mahkamah Persekutuan, Pengampunan Agong adalah jalan terakhir
- Cara Pengiraan Zakat ASB
- Peminat Doakan DS Vida Dan Shuib Berjodohan
- Guna tandas OKU sambil persendakan OKU (Video)
- PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?
- Isteri Khalid Samad fail pembelaan permohonan poligami
- ‘Tujuh jahanam’ cuba panggang budak 6 tahun
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram