Kepala koyak diserang harimau kumbang

Kepala koyak diserang harimau kumbang

SUNGAI SIPUT – Rutin ha­rian seorang remaja Orang Asli mencari kayu di hutan berhampiran Kampung Kelatap, Pos Perwor di sini bertukar tragedi selepas dia diserang harimau kumbang sehingga kepala koyak, manakala lengannya cedera kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa berusia 18 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Siput sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan lanjut.



Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang mencari kayu sebelum diserang haiwan berkenaan.

“Akibat serangan itu, mangsa cedera dengan kesan koyakan di bahagian kepala dan lengan.

“Mangsa yang mendapat ra­watan awal di Hospital Sungai Siput dirujuk ke HRPB untuk rawatan lanjut. Keadaan remaja lelaki itu kini dilaporkan stabil,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Difahamkan, jarak lokasi mang­sa diserang dengan kampung berkenaan kira-kira 200 meter.



Sementara itu Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff mengesahkan telah menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa
remaja Orang Asli berkenaan.

Menurutnya, pihaknya akan menghantar kakitangan ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Orang ­ramai khususnya penduduk dinasihat untuk berhati-hati dengan tidak memasuki kawasan semak secara bersendirian,” ­katanya. K Online

Kepala koyak diserang harimau kumbang




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram



‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker