Uqasha dah Kamal sudah bernikah

Uqasha dah Kamal sudah bernikah

Pasangan sensasi pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli akhirnya membuka mulut bahawa mereka telah selamat bernikah pada 5 November lalu.

Pernikahan mereka berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan pasangan mempelai dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Ripin di sisi jurunikah Tuan Izzuddin Hj Abdul Mutalib tepat jam 9.39 pagi di sebuah lokasi di Janda Baik, Pahang.



Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, berkata, mereka tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan daripada pengetahuan umum, sebaliknya menyegerakan perkara wajib

“Alhamdulillah selepas beberapa kali tertangguh sejak Jun lalu iaitu tarikh sepatutnya majlis pernikahan dan resepsi dirancang, akhirnya kami selamat disatukan.

“Berikutan keadaan semasa dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kami terpaksa mengehadkan jumlah tetamu pada pernikahan ini.

“Pada masa sama kami juga mahu menjaga hati keluarga dan sanak-saudara kami yang sememangnya ramai kerana hanya dapat menghimpunkan mereka semua menjelang majlis persandingan nanti.



“Apa pun kami hanya menghormati permintaan ibu bapa selain bersyukur kerana segala-gala urusan ke arah membina masjid ini dipermudahkan,” katanya pada majlis pengumuman di sebuah restoran milik Cef Wan, di ibu kota semalam.

Pengakuan Uqasha bersama Kamal sekali gus melenyapkan spekulasi rata-rata pihak yang masih berteka-teki tentang pernikahan mereka sejak mengumumkan perancangan perkahwinan sejak Jun lalu.

Pada majlis bertemakan ‘Garden Wedding’ tersebut, Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli itu menyerahkan wang tunai sebanyak RM22.50 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran berbalas tujuh dulang hantaran daripada Uqasha.

Terdahulu, pasangan itu melangsungkan pertunangan pada April lalu.



Kamal sebelum ini pernah membuat kejutan apabila melamar pemilik nama sebenar Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 29, itu dalam program secara langsung, Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) Disember tahun lalu.

Hubungan cinta mereka mula menjadi perhatian peminat selepas digandingkan dalam sebuah drama arahan Michael Ang berjudul, Setelah Terlafaznya Akad.

Mengikut perancangan asal, Kamal dan Uqasha sepatutnya melangsungkan majlis akad nikah dan tiga buah majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka, namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan penularan virus Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Pada Jun lalu, Kamal mendedahkan secara eksklusif kepada Kosmo! Online bahawa jika bukan kerana pandemik Covid-19, dia dan Uqasha sepatutnya telah bergelar suami isteri pada bulan tersebut. K Online



Uqasha dah Kamal sudah bernikah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen



Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker