Mangsa nahas ‘terbang’ ke bumbung

Mangsa nahas ‘terbang’ ke bumbung

BACHOK: Seorang remaja ‘terlekat’ di atas bumbung bengkel kenderaan selepas terbabit dalam kemalangan di Kampung Pak Badol di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11 pagi tadi, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19 melambung lebih tiga meter apabila motosikal ditunggangi bertembung sebuah kereta Honda Civic.



Ketika kejadian, pemilik bengkel, Abdul Sukri Mohamad, 59, sedang membaiki kereta sebelum terdengar dentuman dan melihat sebuah kereta serta motosikal terbabas di pagar rumahnya.

Katanya, penduduk yang memeriksa kedua-dua kenderaan itu hanya menemui pemandu kereta manakala penunggang motosikal tidak kelihatan.

“Kami mencari-cari pemandu motosikal di sekitar kawasan kemalangan dan hairan kerana tidak menemui mangsa.

“Beberapa minit kemudian, ada bunyi orang bergerak di atas bumbung bengkel dan barulah kami sedari mangsa tercampak ke atas,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.



Berikutan ketinggian bumbung, penduduk menghubungi Agensi Pertahanan Awam (APM) dan bomba untuk mengalihkan mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Penolong Penguasa Bomba, Yus Heary Mahmud, berkata pihaknya menerima panggilan kejadian jam 11.32 pagi.

Katanya, tujuh anggota bersama 11 anggota agensi penyelamat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), APM dan Kementerian Kesihatan (KKM) terbabit dalam tugas menyelamat mangsa kemalangan.

“Kami mengambil masa 10 minit untuk menurunkan mangsa,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata kereta Honda Civic dipandu lelaki berusia 36 dari Melor dipercayai cuba memintas sebuah Kancil di depannya sebelum bertembung motosikal mangsa dari arah bertentangan.

“Kejadian menyebabkan penunggang motosikal melambung ke atas bumbung dari jarak lima meter manakala kereta merempuh pagar bengkel.

“Kemalangan turut membongkar kegiatan jenayah apabila polis menemui dadah jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda dalam kereta berkenaan.

“Rampasan bernilai RM3,020 manakala pemandu kereta turut ditahan polis.



“Ujian air kencing turut mendapati mangsa positif Methamphetamine dan mempunyai tujuh rekod jenayah berkaitan dadah,” katanya.

Kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala kes dadah disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952. BH

Mangsa nahas ‘terbang’ ke bumbung


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Belanja Foto Seksi, Nabila Huda Kena Tazkirah Dengan Netizen

Zeti izinkan wang RM2.6 bilion dibawa masuk?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker