Pekerja seks, bapa ayam bawah umur dicekup
JAKARTA – Pasukan Serbuan Sosial Bandar Makassar menahan lapan pasangan muda kerana didapati terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel di JI Panakkukang, Makassar kelmarin, lapor laman berita Tribun-Timur.com semalam.
Malah, tiga daripada mereka didapati merupakan individu bawah umur yang bekerja sebagai pekerja seks.
Ketua Jabatan Perkhidmatan Sosial Makassar, Muhyiddin berkata, dua daripada pekerja seks itu berusia 15 tahun, manakala seorang daripadanya berumur 12 tahun.
Mereka didapati telah lama bekerja dan melayan pelanggan hampir setiap hari.
“Menurut pengakuan mereka, ketiga-tiga mereka berpusat di wilayah Gowa.
“Malah, ‘bapa ayam’ mereka juga merupakan individu bawah umur yang baru berusia 15 tahun,” kata Muhyiddin.
Ketiga-tiga pekerja seks bawah umur itu akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Sosial Mattirodeceng.
“Kami akan menjalankan penyiasatan kerana berdasarkan pengakuan mereka, ramai remaja seusia mereka bekerja sebagai pekerja seks dan kami telah merampas telefon bimbit milik mereka,” katanya. – AGENSI
Pekerja seks, bapa ayam bawah umur dicekup
Baca Artikel Menarik:
- Kerajaan dulu tegang, kerajaan kini tenang
- Wanita dipaksa kahwin maut kena siram asid
- Polis serbu majlis pendaftaran kongsi gelap
- Kerana Muhyiddin, prestasi ekonomi negara buruk berbanding negara jiran
- Sakarstik Zahiril ajak Amerul Affendi beli pengikut di Shopee
- Kailan ikan masin kayangan, KPDNHEP beri tempoh 2 hari buat penjelasan
- Syok Sendiri Jadi Hero Hindustan, Shah Rukh Khan ‘Copy ORI’ Buat Ramai Netizen Gelak [VIDEO]
- Empat beranak rosakkan kereta ditangkap (Video)
- Wanita tertembak ‘karipap’ sendiri
- Pukul, seret hingga mati
- Baby bump Mira Filzah, netizen ucap tahniah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.