Empat penguat kuasa antara ditahan terbabit samun

Empat penguat kuasa antara ditahan terbabit samun

GOMBAK: Polis menahan enam individu termasuk empat anggota penguat kuasa selepas disyaki terbabit sindiket samun minuman keras di sekitar Sepang dan Shah Alam pada Khamis lalu.

Suspek berusia antara lingkungan 20-an hingga 40-an itu dipercayai membantu sindiket samun dengan membocorkan maklumat berhubung tempat penyimpanan minuman keras dirampas polis sebelum ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata penahanan suspek membawa kepada rampasan dadah jenis pil Captagon seberat dua kilogram, 47 pil Erimin 5 dan kokain (4.9 gram) dengan nilai keseluruhan berjumlah RM559,899.

Katanya, turut dirampas beberapa penimbang elektronik, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM111,100 dalam kenderaan penguat kuasa yang dirampas.

“Siasatan mendapati tiga lelaki menaiki sebuah lori memasuki tempat simpanan barang kes milik pihak berkuasa di Dengkil, Selangor, pada jam 2.30 pagi Khamis lalu.

“Mereka mengikat pengawal keselamatan sebelum memunggah minuman keras yang berada dalam sebuah lori di tempat simpanan itu ke dalam lori yang dibawa mereka.

“Proses pemunggahan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum suspek membawa keluar barang kes berkenaan pada jam 5 pagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, siasatan awal membawa kepada penahanan dua suspek itu masing-masing pemandu lori serta kelindan, manakala seorang lagi terlepas, selain rampasan sebuah lori di tepi jalan di Shah Alam.

“Pemeriksaan dalam lori itu menemukan 234 minuman keras disyaki dilarikan dari tempat barang kes.

“Kita kemudian menahan empat penguat kuasa selepas mendapat maklumat mengenai pembabitan orang dalam mengikut laporan dibuat pengawal keselamatan terbabit,” katanya.

Semua suspek direman hingga esok mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, pihaknya masih memburu seorang lagi suspek yang disyaki dalang kes berkenaan bagi membantu siasatan. BH

Empat penguat kuasa antara ditahan terbabit samun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker