Ismail Sabri mulakan lawatan rasmi ke Singapura

Ismail Sabri mulakan lawatan rasmi ke Singapura

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan rasminya ke Singapura hari ini dengan menghadiri majlis sambutan di Istana di sini.

Ia adalah lawatan rasmi kali pertama Ismail Sabri ke negara republik ini sebagai Perdana Menteri.



Di majlis itu Ismail Sabri memeriksa kawalan kehormat dan seterusnya menandatangani buku pelawat.

Perdana Menteri turut diberi penghormatan apabila satu spesis hibrid anggerik baharu dinamakan sempena namanya, dan beliau kemudiannya membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob.

Terdahulu pagi tadi Ismail Sabri bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong melancarkan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VCL) laluan darat Singapura-Malaysia.

Ismail Sabri diiringi oleh Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; dan Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan pegawai-pegawai kanan.



Ismail Sabri dijadualkan menghadiri perjumpaan empat mata dengan Hsien Loong kemudian nanti, sebelum mengadakan persidangan media bersama, yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman Facebook Hsien Loong.

Wisma Putra dalam kenyataan semalam berkata lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura. BH

Ismail Sabri mulakan lawatan rasmi ke Singapura


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker