Wabak JE di daerah Kota Setar

Wabak JE di daerah Kota Setar

ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Kedah mengisytiharkan wabak Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar selepas mengesan dua kes jangkitan penyakit itu bulan ini.

Pengarahnya, Dr Othman Warijo, berkata kes pertama dilaporkan pada 18 November lalu disusuli kes kedua pada 25 November dengan kedua-dua mangsa meninggal dunia.

“Sehingga Khamis lalu, jumlah kumulatif kes JE yang dilaporkan di Kedah pada tahun ini adalah 10 kes berbanding 8 kes pada tempoh sama tahun lalu, peningkatan 25 peratus.

“Tiga daripada 10 kes meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Dr Othman berkata aktiviti kawalan wabak dilaksanakan serta-merta oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar dan Jabatan Kesihatan Negeri

Katanya, antara tindakan itu adalah kawalan vektor menerusi semburan ruang termal dan larvasiding di lokaliti kediaman pesakit dan tempat berisiko di lokaliti wabak.

“Pegawai Sains Kaji Serangga juga melakukan kajian entomologi di lokaliti wabak dan pengesanan kes secara aktif (ACD) di sekitar kawasan terbabit.

“Bagi mencegah penularan penyakit JE, masyarakat diseru supaya mengelakkan gigitan nyamuk dengan menggunakan racun menghalau nyamuk serta memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah apabila berada di luar rumah,” jelas beliau.

Katanya tindakan menyembur semburan di dalam rumah pada jam 10 malam boleh dilakukan bagi membunuh nyamuk dewasa.

“Orang ramai juga perlu membersihkan persekitaran serta mencari dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk di kediaman masing-masing,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan sekiranya mengalami gejala seperti demam, sakit kepala dan muntah. BH

Wabak JE di daerah Kota Setar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker