Sukar terima kailan ikan masin seorang makan RM18

Sebaran :

Sukar terima kailan ikan masin seorang makan RM18
Hantaran yang tular dalam media sosial.

Sukar terima kailan ikan masin seorang makan RM18

KEPALA BATAS: Media sosial sekali lagi kecoh dengan isu makanan dijual pada harga ‘cekik darah’, apabila tular hantaran mendakwa sebungkus kailan ikan masin saiz hidangan seorang makan, dikenakan bayaran RM18.

Hantaran itu yang dipercayai dimuat naik oleh seorang pelanggan sebuah restoran, di sini, turut memaparkan sekeping resit menunjukkan jumlah harga keseluruhan makanan dibeli.

Tanpa mendedahkan nama restoran berkenaan, resit berjumlah RM122 itu menunjukkan harga lauk jenahak RM90, kailan ikan masin (RM18), sayur campur (RM9), serta ulam dan sambal (RM5).



Dalam hantaran itu, individu berkenaan mendakwa sedia maklum dengan kenaikan harga bahan mentah, justeru menerima dengan reda harga lauk ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal dibeli dari restoran terbabit.

“Tapi kailan ikan masin yang sikit, boleh makan untuk seorang saja berharga RM18, memang sukar untuk diterima,” katanya dalam hantaran itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang berkata, pihaknya meminta pelanggan terbabit tampil membuat aduan rasmi untuk tindakan lanjut.

“Kita sudah ambil maklum akan hantaran yang tular itu dan sedang menjalankan siasatan untuk mendapatkan nama premis terbabit,” katanya.




Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *