Polis siasat dakwaan ahli MIC buat gangguan seksual

Sebaran :

Pihak berkuasa sedang menyiasat dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita oleh ahli MIC, maklum Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin.

Menurutnya, wanita tersebut mendakwa seorang ahli MIC telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan membuka seluarnya dalam kejadian itu.

Mohd Khaizam berkata wanita tersebut yang juga setiausaha sebuah NGO ketika itu sedang melawat sebuah kawasan perumahan di Sungai Siput untuk meninjau isu longkang di sana.

“Saya mengesahkan bahawa telah menerima laporan polis pada 25 Nov dan kami telah membuka kertas siasatan.



“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. Kertas siasatan akan dihantar ke pejabat timbalan pendakwa raya dalam masa terdekat,” katanya kepada Malaysiakini.

Untuk rekod, Seksyen 506 Kanun Keseksaan merujuk kes ugutan jenayah dan wanita berkenaaan telah membuat laporan polis itu pada 25 Nov lalu.

Dalam laporan polis itu, wanita tersebut berkata dia bersama ahli NGO dan pegawai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) melawat kawasan perumahan itu setelah menerima aduan daripada penduduknya mengenai masalah longkang tersumbat.

Didakwa rogol, dua lelaki serah diri

Kata wanita itu, dia dihalang dan cuba dihalau oleh beberapa ahli MIC yang berkumpul di tempat kejadian yang mendakwa mereka sedang cuba menyelesaikan isu longkang berkenaan dan memberi amaran kepada NGO tersebut supaya tidak campur tangan.



Berdasarkan laporan polis rombongan NGO tersebut tidak berganjak dan keadaan menjadi tegang apabila seorang anggota MIC menggunakan kata-kata kesat dan membuka seluar di depan wanita tersebut.

Sementara itu, Pengerusi MIC Sungai Siput K Manimaran menafikan dakwaan wanita tersebut.

“Saya berada di situ ketika insiden itu berlaku dan dengan ini saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa tiada sebarang gangguan seksual dilakukan oleh anggota kami.

“Wanita itu sengaja mencipta dakwaan palsu untuk mendapatkan simpati daripada penduduk di situ,” katanya ketika dihubungi.



Dia juga memberitahu MIC akan membuat laporan polis esok sambil sedang membincang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita tersebut.

Polis siasat dakwaan ahli MIC buat gangguan seksual


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Polis Thailand Beri Amaran Penjual Pancake Rangup Seksi Supaya Memakai Coli


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *