Keputusan Pas tolak MN bukan pelik – UMNO Perak

SUNGAI SIPUT: Keputusan Pas menolak Muafakat Nasional (MN) bukan perkara pelik kerana parti itu bersaing dengan UMNO selama 61 tahun.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, apatah lagi politik hari ini bersifat dinamik.

“Dalam berkawan kenalah bertepuk dua belah tangan, kalau sebelah tangan, tak jadi.

“Politik negara bersifat dinamik dan tindakan Pas menolak MN bukan pelik kerana Pas bersaing hebat dengan UMNO selama 61 tahun, selepas itu kita bersahabat baik dan dalam politik sahabat tidak kekal begitu juga musuh tidak kekal.

“Pas sendiri pun biasa bersahabat dengan DAP dan semua parti, jadi musuh tidak kekal dan sahabat juga tidak kekal,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Program Penghijauan Malaysia Peringkat Negeri Perak di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput Utara di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahman bersama Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Datuk Mohamed Zin Yusop.

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Saarani ditanya mengenai kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menolak gagasan MN kerana hanya melibatkan UMNO dan parti itu sahaja.

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri mewartakan 1,741 hektar (ha) kawasan berhutan di negeri ini sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK) yang baharu.

Beliau berkata, ia melibatkan pewartaan HSK di Daerah Kinta, Manjung, Larut Matang dan Selama serta Perak Selatan di Bagan Datuk.

“Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, kita telah meluluskan cadangan 1,741.2 hektar untuk diwartakan sebagai hutan simpan yang baharu termasuklah 139.21 ha di Bagan Datuk pada 15 September lalu,” katanya.

Mengenai pampasan yang akan dimohon kepada kerajaan Persekutuan bagi memulihara hutan di negeri ini, Saarani berkata, kerajaan negeri belum menetapkan sebarang jumlah.

Katanya, ia memerlukan perbincangan sebelum diputuskan selain berjanji tidak akan menuntut perkara yang pelik.

“Kalau Kedah minta RM100 juta, Perak lagi tinggi sebab negeri kita besar tapi kita kita tidak akan menuntut perkara-perkara yang pelik, ia bergantung kepada kemampuan dan persetujuan kerajaan Persekutuan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Keputusan Pas tolak MN bukan pelik – UMNO Perak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pas Selangor komited kekal pertahan Muafakat Nasional

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker