PM buat lawatan rasmi pertama ke Singapura

PM buat lawatan rasmi pertama ke Singapura

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengadakan lawatan rasmi pertama dirinya ke Singapura esok dengan jadual padat diatur sepanjang hari.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, beliau diiringi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad dan pegawai kerajaan pelbagai agensi.

“Lawatan julung kali ini sebagai memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong sempena pelaksanaan rasmi Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL),” kata kenyataan itu.

Hari pertama VTL itu menyaksikan pergerakan rentas sempadan antara dua negara jiran melibatkan hanya 1,500 individu untuk perjalanan darat menerusi bas awam dari dua terminal.

Pusat turun dan naik penumpang di Malaysia ditetapkan di Terminal Bas Larkin Sentral, Johor Bahru, Johor manakala di Singapura, Terminal Queen Street dijadikan pusat VTL tersebut.

Sementara untuk perjalanan udara, enam penerbangan setiap hari yang membabitkan enam operator antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Changi di republik itu.

Pelaksanaan VTL itu hasil persetujuan dua negara bagi meningkatkan semula ekonomi dan memberi peluang keluarga yang terpisah susulan penutupan sempadan kerana isu Covid-19.

Penumpang wajib mendaftar melalui laman sesawang ditetapkan sebelum membeli tiket pengangkutan dan tertakluk ujian saringan kesihatan meskipun tidaklah perlu dikuarantin. K Online

PM buat lawatan rasmi pertama ke Singapura


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker