Airasia turunkan tiket ke Sarawak kepada RM200 tapi…

Airasia turunkan tiket ke Sarawak kepada RM200 tapi…

AirAsia menurunkan tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching daripada kira-kira RM1,000 kepada kurang RM200 sehala, susulan penambahan kekerapan penerbangan ke Sarawak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata, AirAsia sentiasa berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan beberapa kali menyerahkan permohonan untuk penambahan kekerapan penerbangan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak sejak awal tahun ini.

Katanya, ia termasuk permohonan terakhir yang dikemukakan minggu lalu meliputi tambahan penerbangan bagi musim cuti Krismas dan Tahun Baharu Cina.

“AirAsia telah menerima kelulusan rasmi daripada MOTS dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) hari ini untuk tambahan 42 penerbangan mingguan dari Semenanjung dan Sabah ke Sarawak bagi tempoh terhad dari 11 Dis hingga 5 Jan 2022.

“Ini secara langsung menurunkan harga tiket Kuala Lumpur-Kuching daripada sekitar RM1,000 sebelumnya kepada kurang RM200 sehala dan ianya sudah pun hampir habis terjual sebaik jualan dibuka,” katanya dalam kenyataan.

Selaku syarikat penerbangan kos rendah, Riad berkata, jumlah kekerapan penerbangan yang dihadkan adalah faktor utama melonjakkan harga tiket kerana mereka memerlukan jumlah tempahan tinggi untuk membolehkan penumpang menikmati tambang rendah dan banyak penjimatan.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kelulusan terbaru itu dan merayu MOTS serta SDMC meluluskan permohonan penerbangan tambahan untuk Tahun Baru Cina serta menghapuskan sepenuhnya sekatan ke atas kekerapan penerbangan yang telah diluluskan.

“Model penetapan harga AirAsia berdasarkan permintaan dan penawaran dan ianya serupa dengan model yang diguna pakai syarikat penerbangan lain di seluruh dunia.

“Pematuhan terhadap kekerapan penerbangan yang dihadkan SDMC menyebabkan pengurangan inventori tiket penerbangan yang ditawarkan dan seterusnya menyebabkan mekanisme penetapan harga dinamik kami menghasilkan harga tinggi apabila tiket pada harga rendah habis terjual.

“Kelulusan terbaru daripada MOTS, kami hanya dibenar mengendalikan lima penerbangan harian bagi laluan popular ini dan ini merupakan pengurangan 67% dalam kapasiti kami disebabkan sekatan SDMC.”

Katanya, AirAsia akan sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan, termasuk untuk kesihatan, penerbangan awam dan badan penggalakan pelancongan bagi memastikan pematuhan tertinggi semua peraturan dan garis panduan bagi penerbangannya.

NOTA : SIAPA YANG DAPAT TIKET RM200?

Airasia turunkan tiket ke Sarawak kepada RM200 tapi…


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker