Maszlee sah tinggalkan Mahathir, pilih Anwar untuk sertai PKR

Maszlee sah tinggalkan Mahathir, pilih Anwar untuk sertai PKR

Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik sah menyertai PKR sebagai wadah politik barunya, hari ini.

Hal itu diumumkan Maszlee dalam satu majlis penyerahan borang keahlian di Simpang Renggam yang dihadiri Presiden PKR Anwar Ibrahim.



“Pada hari ini, saya membawa mesej kepada orang-orang muda dan yang seusia dengan saya, bahawa harapan masih belum pudar. Kita masih punya harapan untuk bangkit semula dan membawa perubahan.

“Maka atas dasar inilah, saya seperti anda semua, rakyat biasa, rakyat marhaen, yang inginkan perubahan, membuat keputusan yang besar untuk bersama PKR,” katanya disertai sorakan reformasi oleh penonton yang hadir.

“Hari ini, saya, ahli keluarga saya, para penyokong, keluarga besar Simpang Renggam akan mengundi, dan 500 rakyat Simpang Renggam akan menyerahkan borang permohonan keahlian menyertai PKR,” katanya lagi.

Majlis itu turut menyaksikan Maszlee menyerahkan borang keahlian kepada Anwar, berbalas penyerahan replika kad keahlian PKR kepada Maszlee, diakhiri Maszlee menyarung baju t-shirt PKR berwarna biru muda.



Dalam ucapannya, Maszlee menyifatkannya penyertaannya ke dalam PKR sebagai satu bentuk perjuangan kepada negara.

“Sementelahan PKR berada dalam situasi dan populariti yang tidak menggalakkan baru-baru ini, terutamanya natijah kekalahan pilihan raya negeri (PRN) Melaka, saya terpanggil untuk melakukan sesuatu untuk melakukan perubahan.

“Ada yang menyindir, mengapa saya nak menyertai parti yang kalah? Malah presidennya diserang dari pelbagai sudut, bukan oleh lawan semata-mata, malah segelintir kawan pun menyerang beliau.

 



 

“Lebih malang, tak kurang yang menyindir, apa ertinya saya menyertai PKR ketika (ia) sedang lemah dan tidak menjadi pilihan popular massa.

“Kepada mereka, dan kepada rakyat, saya ingin katakan, inilah harga sebuah perjuangan,” katanya.

Tambahnya, sekiranya ada ahli politik mengambil langkah bertukar parti atas dasar habuan, jawatan dan kedudukan, maka lain ceritanyabagi mereka yang benar-benar mahu berjuang demi negara.



“Apabila kita mengambil langkah bersama dengan parti yang kalah dan dalam keadaan lemah, demi untuk membela rakyat dan mengembalikan agenda reformasi, itu bukan katak, itu adalah perjuangan untuk negara,” katanya lagi.

Maszlee sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai Bersatu untuk bertanding dalam PRU14.

Dia merupakan salah seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dipecat pada Mei tahun lalu susulan konflik dalaman yang tercetus akibat keputusan parti itu untuk keluar daripada PH, seterusnya meruntuhkan pentadbiran yang diketuai Dr Mahathir Mohamad.

Sementara pemimpin yang lain bersama-sama Mahathir menubuhkan Pejuang, Maszlee ketika itu memutuskan untuk menjadi ahli parlimen bebas.



Pada masa sama, dia turut menjadi pengerusi jawatankuasa pendidikan PH.

Dia menjadi menteri pendidikan ketika pentadbiran PH sebelum diminta letak jawatan oleh Mahathir pada Januari 2020.

Maszlee sah tinggalkan Mahathir, pilih Anwar untuk sertai PKR


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker