Ketua sindiket, Ibu Ani didakwa di mahkamah

Ketua sindiket, Ibu Ani didakwa di mahkamah

KLANG: Wanita warga Indonesia digelar sebagai ‘Ibu Ani’ yang terlibat dengan sindiket pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) hari ini atas kesalahan melakukan penyeludupan enam orang migran berusia 21 hingga 60 tahun.

Di hadapan Hakim, Roszianayati Ahmad, tertuduh, Ramiani, 56, yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut kesalahan Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan boleh dihukum di bawah akta seksyen sama.



Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 5 November lalu ketika membawa kesemuan PATI warga Indonesia dalam satu cubaan keluar dari negara ini melalui perairan Pulau Angsa, Kuala Selangor.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda.

‘Ibu Yani’ kemudian mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dan tiada pengakuan daripada tertuduh direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Hairun Najmi Mashadi memohon memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Tinggi mengikut Seksyen 177A Kanun Tatacara Jenayah.



Roszianawati kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 10 Disember depan.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan ‘Ibu Ani’ berjaya ditahan pasukan Maritim Malaysia selepas risikan hampir lima bulan menerusi pelbagai siri tangkapan PATI sebelum ini.

Suspek berjaya dikesan dan ditangkap dekat sebuah premis di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur pada pukul 5.45 pagi selepas Maritim Malaysia berjaya menahan 25 warga asing yang cuba keluar dari negara ini pada pukul sebelum itu.

Sebelum penangkapan ‘Ibu Ani’ juga tiga ejen darat dan laut turut ditahan di Sungai Janggut di Jeram, Kuala Selangor kira-kira pukul 4 pagi pada hari yang sama. Utusan




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker