Aku bela ayam bukan ular, Erma Fatima luah rasa bimbang

Sebaran :

Aku bela ayam bukan ular, Erma Fatima luah rasa bimbang

Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara terkenal, Erma Fatima, meluahkan rasa bimbang mengenai keselamatannya apabila mengesan kehadiran ular sawa di kediamannya kelmarin.

Menurut Erma, perkara tersebut disedarinya ketika sedang membuat pemeriksaan di reban ayamnya yang terletak di hadapan rumah sebelum terkejut apabila melihat terdapat seekor ular sawa sebesar peha sedang berlingkar di dalam reban ayam tersebut.

“Saya baru balik dari Kedah kelmarin dan turun tengok dalam sangkar tu ada ular tengah belit ayam.



“Sekarang ini, saya bela ular, bukan bela ayam.

“Semalam, saya punya tukang kebun nampak ular tu lagi tengah tidur dalam reban, saya panggil lagi bomba, lepastu ular tu lari lagi. Masih terlepas lagi ular tu,” katanya berseloroh.

Erma berkata demikian dalam satu hantaran di Instagramnya kelmarin.

Selain itu, kata Erma, dia telah menghubungi pihak bomba bagi membantu membuat tangkapan namun sementara menunggu pasukan bomba tiba, ular tersebut telah berjaya melarikan diri.



“Malam tadi, bomba datang, dia (ular) sempat lari. Pagi ini dia muncul lagi,siap yak-yak yeah lepak dalam itu.

“Saya sudah tahu dari mana ia muncul. Ular itu buat lubang dari dalam tanah. Patutlah ayam aku hilang.

“Dia buat kenduri. Kesian ayam jantan saya yang berkokok setiap pagi sudah ‘arwah’. Tak apa, saya dah simen semua lubang tanah. Hang mai lg..memang kulit hang saya bagi pada Amy Search,”katanya sempat berjenaka.

Menurut Erma, dia tidak menolak berasa bimbang dan trauma dengan kejadian itu dan mengaku kini perlu lebih berhati-hati bagi memastikan keselamatannya dan keluarga tidak terancam dengan kehadiran ular sawa tersebut. Utusan



Aku bela ayam bukan ular, Erma Fatima luah rasa bimbang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kebarangkalian komet pemusnah langgar Bumi meningkat- NASA

Wilayah di utara Arab Saudi dilitupi salji


Sebaran :

Leave a Reply