Taktik menyamar rakan mahu pinjam wang kian meningkat

Taktik menyamar rakan mahu pinjam wang kian meningkat

Polis Negeri Sembilan mengenalpasti jenayah penipuan menggunakan taktik menyamar sebagai rakan melalui aplikasi WhatsApp dan meminta untuk meminjam wang semakin meningkat, tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, sejak awal tahun sehingga 15 November, sebanyak 75 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian RM393,817.



Beliau berkata, berlaku peningkatan pada tahun ini berbanding sepanjang tahun lalu iaitu 68 kes dengan jumlah kerugian RM346,349.

“Antara modus operandi digunakan adalah menggodam aplikasi WhatsApp milik individu lain selain menyamar sebagai rakan dengan menggunakan gambar individu itu dan meminta meminjam wang.

“Suspek akan menghantar pautan dan jika mangsa menekannya, mangsa diminta untuk memberi nombor pin. Kemudian, apabila nombor sudah diberikan, suspek akan mengambil alih WhatsApp itu serta-merta.

“Suspek akan menghantar mesej kepada kenalan di WhatsApp menyatakan mahu meminjam wang dengan segera kerana ada kecemasan atau menghadapi masalah dan berjanji akan memulangkannya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan.



Beliau berkata, kebiasaannya suspek akan meminta sekitar RM500 untuk setiap mangsa sebelum memberikan nombor akaun berbeza daripada pemilik WhatsApp sebenar dengan memberi pelbagai alasan.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya meminta orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menekan pautan di aplikasi WhatsApp atau khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mencurigakan.

“Jangan sesekali menyerahkan Kod Pengesahan Transaksi (TAC) atau nombor keselamatan kepada mana-mana individu. Jika menerima mesej daripada rakan untuk meminjam wang, terus hubungi individu itu melalui panggilan telefon untuk membuat pengesahan.

“Pemilik WhatsApp yang sudah digodam dinasihatkan membuat laporan polis sebagai ‘cover report’,” katanya. HM



Taktik menyamar rakan mahu pinjam wang kian meningkat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gelagat Mak Nubhan Masuk Butik Mewah Buat Ramai Terhibur (Video)



Pas nak lawan UMNO atau PH, tanya Asyraf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker