Nampak kelibat ‘hantu bertudung’ dalam gambar memancing

Dua nelayan berswafoto setelah memancing di Sungai Mojotoro. – Newsflash

SALTA, ARGENTINA – Dua nelayan terkejut melihat imej menakutkan ‘hantu bertudung’ sedang memerhati mereka dalam gambar swafoto yang dirakam ketika kedua-duanya memancing di Sungai Mojotoro, Argentina, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kelibat menyeramkan itu muncul di sebalik pokok. Gambar tersebut pula dirakam ketika mereka keluar memancing bersama dua rakan lain pada 16 November lalu.

“Kami pergi memancing di Sungai Mojotoro dari jam 5 petang (waktu tempatan) dan tinggal di sana sehingga pukul 10 malam. Kami melihat gambar  itu apabila pulang ke rumah dan sukar  untuk kami mempercayainya,” kata mereka kepada Cronica News.

Menurut akhbar tempatan, sungai itu terkenal dengan aktiviti paranormal menyeramkan. Sebelum ini, banyak dakwaan mengenai insiden barang bergerak sendiri  atau bayang-bayang muncul secara tiba-tiba di lokasi tersebut.

Gambar itu telah dimuat naik di Internet dengan  ramai netizen cuba membuat penjelasan tentang apa yang boleh berlaku.

Pegawai tempatan belum mengesahkan kepada Cronica News sama ada kejadian itu akan disiasat walaupun  laporan mengenai insiden pelik di lokasi itu  meningkat dari tahun ke tahun.

Pada 2008, sekumpulan budak lelaki yang selesai memancing mendakwa bahawa  mereka menyangka seseorang sedang membaling batu ke arah mereka, namun mendakwa  perbuatan itu dilakukan oleh jembalang. – Agensi

Nampak kelibat ‘hantu bertudung’ dalam gambar memancing


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketahuilah Asal-Usul Nama Binaan Ikonik Di Serata Dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker