Wanita sarat mengandung ditembak ketika majlis ‘baby shower’

Wanita sarat mengandung ditembak ketika majlis ‘baby shower’

PHILADELPHIA: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan maut akibat ditembak di kepala dan perut ketika menganjurkan majlis sambutan bayi yang bakal dilahirkan (baby shower) kelmarin.

Lapor CNN, wanita itu ditembak ketika dia membuka hadiah yang diberikan oleh para tetamu dalam majlisnya.

Menerusi kenyataan, Jabatan Polis Phildadelphia memaklumkan wanita berusia 32 tahun itu ditembak pada pukul 8.35 malam waktu tempatan.

Selepas insiden itu, wanita tersebut dibawa ke hospital sebelum dia disahkan meninggal dunia dan bayi dalam kandungannya juga maut.

“Bunyi tembakan itu dapat didengari oleh beberapa anggota polis yang berada berhampiran lokasi kejadian.

“Mereka bergegas ke tempat kejadian dan membawa mangsa ke hospital,” jelas kenyataan itu.

Sehingga kini, suspek yang melepaskan tembakann itu masih diburu polis dan Datuk Bandar Philadelphia, Jim Kenney menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM209,126) untuk sebarang maklumat mengenai suspek. Utusan

Wanita sarat mengandung ditembak ketika majlis ‘baby shower’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Isteri Fizo, cantik dan bijak – Netizen

PN kalah di PRN Melaka kifarah atas kesombongan Muhyiddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker