KPM tak patut layan SJKC memandangkan ia bukan badan awan

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak sepatutnya melayan tuntutan sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) termasuk membayar gaji guru ganti mereka memandangkan ia bukan badan awam yang berada dalam ‘jagaan’ kerajaan.

Adalah lebih baik sekiranya dana berkenaan digunakan untuk perkara lain terutama menaik taraf infrastruktur sekolah yang berada di bawah tanggungjawab kerajaan.

Presiden Alumni Gabungan Pelajar Malaysia Semenanjung Kebangsaan (GPMS), Datuk Syed Anuar Syed Mohamad berkata, KPM sewajarnya memberi fokus kepada sekolah kebangsaan (SK) sahaja buat masa ini.



“Dana yang diperuntukan untuk SJKC itu sepatutnya boleh dipindahkan untuk digunakan bagi menaik taraf SK menjadi lebih sempurna.

“Tindakan KPM adalah tidak wajar, sepatutnya kita utamakan keperluan dahulu, keadaan menyerupai kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan,” katanya kepada Ismaweb.net.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, guru ganti yang diambil melalui MyStep akan dibayar terus melalui KPM.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuntutan Dong Jiao Zong berhubung masalah kekurangan guru yang dihadapi oleh SJKC.



Syed Anuar dalam masa sama turut mempersoalkan pengurusan SJKC yang sewenang-wenang membuat pengambilan guru ganti tanpa kebenaran KPM.

Katanya, tindakan itu jelas membuktikan SJKC telah melanggar garis panduan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pendidikan Pelajaran (SPP).

“Ini bukan perkara yang mudah memandangkan kredibiliti guru yang dipilih untuk menjadi guru ganti bukan boleh dibuat sesuka hati,” katanya.

Katanya lagi, pemilihan guru yang tepat akan mempengaruhi masa depan anak bangsa, justeru ia tidak boleh diisi dengan sesuka hati




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim



Kembali dalam politik, Ini jawapan Rafizi Ramli

Mengapa MUDA Sangat Mesra Dengan DAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker