Polis baiki pintu selepas rempuh rumah suspek

Polis baiki pintu selepas rempuh rumah suspek

Dalam memburu penjenayah setiap anggota polis berdepan dengan pelbagai risiko, termasuk terpaksa memecahkan pintu kediaman apabila suspek menyembunyikan diri.

Wartawan MalaysiaGazette menyertai Ops Sarang Khas Khamis lalu di sekitar Bukit Kuantan melihat sendiri aksi anggota polis terpaksa memecah pintu apabila penjenayah enggan menyerah diri.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan kerana suspek enggan memberi kerjasama setelah anggota memberi salam dan mengetuk pintu dengan baik.

“Sebagai jalan terakhir, pintu dirempuh menggunakan badan dan kaki sehingga pintu terkopak serta susunan papan pada rangka pintu tercabut.

“Hasil serbuan mendapati suspek tinggal bersama ibunya yang uzur dan berkerusi roda ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a)ADB 192 kerana positif dadah Methamphetamine,” katanya kepada wartawan MalaysiaGazette.

Tambah Wan Zahari, Operasi Sarang Khas disertai oleh lima pegawai, 55 anggota polis , 15 pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan menyerbu semua lokasi panas di sekitar Kuantan terutamanya di kawasan Felda.

Operasi dijalankan dan serbuan dilakukan berdasarkan makluman serta hasil intipan yang dilakukan selama lebih dua minggu.

Dalam pada itu, setelah memberkas suspek, Koperal Hasbullah Mohd Arifin, 40 tahun, pula berlegar-legar di ruang dapur mencari penukul untuk membaiki pintu kayu yang dirempuh tadi.

Anggota terbabit mengutip kayu dan mencantum kembali serta menukul papan di tempat asal.

“Sebagai anggota, kami perlu menjalankan tanggungjawab memburu suspek, namun sifat kemanusiaan di sebalik ketegasan kami melambangkan empati kepada pemilik rumah.

“Makcik yang uzur ini tinggal kesorangan bila anaknya sudah ditahan, keselamatan dia perlu diutamakan. MG

Polis baiki pintu selepas rempuh rumah suspek


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker