Kita dambakan pemimpin tak apologetik di tampuk kuasa

Kita dambakan pemimpin tak apologetik di tampuk kuasa

Jangan lembik seperti kijang, jadi garang seperti singa membela diri

Kita dambakan pemimpin tak apologetik di tampuk kuasa. ALHAMDULILLAH, kita baru sahaja selesai menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadan yang merupakan salah satu dari Rukun Islam. Tanggal 1 Syawal, iaitu Hari Raya Aidilfitri kita raikan setiap tahun sebagai tanda kemenangan kita melawan nafsu.

Sememangnya, bulan Ramadan pada tahun ini amat mencabar bagi kita semua. Pelbagai isu-isu yang menguji kesabaran kita sebagai umat Islam, dari isu pukul pekerja kerana berpuasa, isu ‘rebus umat Islam seperti katak’ sehinggalah replika ‘lembu bersongkok’.

Saya pasti ianya telah mendidik kita bahawa provokasi terhadap maruah umat Islam tidak akan pernah berhenti.

Mereka mahu kita menjadi kijang yang pengecut berbanding singa yang garang.

Namun, apalah sangat jika nak dibandingkan dengan ujian saudara-saudara kita di Palestin. Ramadan mereka jauh lebih mencabar.

Bukit Aman siasat pegawai kanan

Diserang ketika solat tarawih

Mereka diserang ketika solat tarawih di Masjid Al-Aqsa. Mereka ditindas saban hari di rumah-rumah mereka, di jalanan-jalanan dan di mana sahaja secara fizikal dan mental.

Apa yang kita dapat lihat, warga Palestin tidak lembik seperti kijang, malah garang seperti singa membela diri. Inilah yang saya dambakan, agar umat Islam punyai jati diri dan kecekalan sebegini.

Lebih menginspirasikan lagi, selain rakyat mereka yang punyai jati diri yang luar biasa, kita dapat lihat munculnya pemimpin mereka di tengah-tengah kekalutan tersebut dengan lebih bertenaga, garang dan menggerunkan.

Saya melihat bagaimana Ismail Haniyeh, pemimpin rakyat Gaza dan Hamas berucap dengan begitu tegas di media secara langsung, menyatakan tuntutan-tuntutan kepada musuh laknatullah itu. Kita di Malaysia mendambakan pemimpin-pemimpin tidak apologetik sebegitu di tampuk kuasa.

اللهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا، وَالحَمْدُ لِلهَ كَثِيرًا، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً
Allah Maha Besar dan bagi Allah segala puji-pujian Dan Subhanallah (Maha Suci Allah) pagi dan petang.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الكَافِرُونَ
Tidak ada Tuhan melainkan Allah, Kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, Dengan ikhlas untuk Agama (Islam), Walaupun dibenci oleh golongan kafir.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
1 Syawal 1442H

 


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook My KMU NeT

Dasar Kerajaan Uthmaniah Punca Penempatan Yahudi Di Palestin


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker