Saya nak jadi DO dulu – Ismail

Saya nak jadi DO dulu – Ismail

Menjadi Pegawai Daerah (DO) antara cita-cita Perdana Menteri ketika masih di bangku sekolah.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, minat untuk menjawat jawatan itu bermula ketika zaman kanak-kanaknya kerana kerjaya sebagai DO dipandang tinggi dan disegani masyarakat.



“Setiap kali cikgu tanya, saya akan cakap nak jadi Pegawai Daerah… ketika itu, kalau DO datang, seluruh kampung keluar pakai baju baharu.

“Saya nak jadi DO sebab waktu itu orang kampung hanya kenal DO paling besar (dikenali ramai),” katanya ketika ditemu bual menerusi segmen Bekpes Hot di stesen radio Hot FM, di Sri Pentas.

Selama satu jam, Ismail Sabri yang menjadi tetamu dalam segmen dikendalikan Fara Fauzana, AG dan Johan sempat diajukan soalan santai mengenai sisi lain kehidupannya sebagai Perdana Menteri, suami dan ketua keluarga.

Turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad (MPB), Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljuni; Pengarah Urusan Kumpulan MPB, Rafiq Razali dan pengurusan kanan MPB dan The New Straits Times Press (NSTP).



Ismail Sabri turut mendedahkan dia mungkin bergelar pembaca berita jika menerima tawaran sebagai Pembantu Penyiaran ketika menanti tawaran melanjutkan pengajian di universiti.

Beliau bagaimanapun menolak tawaran itu kerana memilih untuk melanjutkan pengajian dalam jurusan undang-undang di Universiti Malaya (UM).

“Kerja pertama saya sebagai peguam, tetapi ada satu rahsia yang nak dikongsi iaitu jawatan pertama saya ditawarkan dalam hidup saya adalah pembantu penyiaran.

“Masa saya tunggu keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), saya mohon kerja sebagai pembantu penyiaran, dapat kerja, lepas interview (temuduga), saya minta sebagai pembaca berita.



“Tapi pada masa sama saya dapat tawaran belajar di Fakulti Undang-Undang UM dan saya buat pilihan untuk sambung belajar,” katanya.

Ketika berkongsi mengenai sisi kehidupan sebagai seorang suami, Ismail mengakui isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin adalah insan sempurna yang setia menjadi tulang belakang bagi setiap kejayaan yang dikecapi hari ini.

Perdana Menteri juga mengakui isterinya banyak membantu ketika beliau meneruskan pengajian di universiti memandangkan Muhaini sudah bekerja, dan adakala memberikan bantuan kewangan jika tidak mencukupi.

“Waktu dia bekerja saya belajar, kadang-kadang duit pun dia bagi saya… pasal kita belajar, duit tak cukup, dia bantu.



“Kita satu sekolah, masa Tingkatan 6, saya (Tingkatan) 6 atas, datin seri (Tingkatan) 6 rendah, jadi kita mula bercinta masa itu. Kira saya ini, saya seorang setia sebab daripada mula sampailah sekarang satu saja,” katanya.

Menyentuh mengenai semangat Keluarga Malaysia sempena sambutan kemerdekaan tahun ini, Perdana Menteri berkata, semangat kebersamaan sebagai sebuah keluarga yang besar perlu dikekalkan.

Menurutnya, hubungan antara kaum begitu penting untuk terus dikekalkan keharmoniannya.

“Itu syarat utama untuk kita maju, kita mesti kekalkan keharmonian dan hidup sebagai satu keluarga,” katanya. HM



Saya nak jadi DO dulu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)



Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker