Ketulan emas Kampung Bukit Lata ‘tiada nilai emas’

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan tidak terlalu melulu membuat andaian sebelum membuat pengesahan sama ada ketulan yang ditemukan di sungai atau di mana-mana lokasi adalah emas atau sebaliknya.

Presiden Institut Geologi Malaysia (IGM), Abd, Rasid Jaapar berkata, sehingga kini, negara belum pernah menjumpai ketulan emas sepertimana yang didakwa di Kampung Bukit Lata, Kelantan dan beberapa tempat lain di Semenanjung.

Katanya, setakat dijumpai adalah emas jenis alluvial yang merupakan emas diendapkan bersama material sedimen dibawa oleh arus sungai.

“Ketulan didakwa emas itu adalah pyrite yang mempunyai kandungan besi tinggi disebabkan struktur chemicalnya yang mengeluarkan warna menyerupai emas.

“Apabila kita gesek ketulan itu dengan parang contohnya, jika ia tinggalkan calar hitam, maknanya itu adalah iron. Tetapi jika emas betul, ia tak luntur apabila digesek.

“Jadi orang ramai yang menjumpai mineral-mineral menarik dinasihatkan berhubung dengan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) atau berhubung dengan IGM,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan, ketulan batu kononnya mengandungi emas yang dijumpai di Kampung Bukit Lata, Kelantan rupa-rupanya batu logam biasa yang tidak mempunyai nilai tinggi sebagaimana disangka.

Menurut Abd. Rasid, sesebuah kawasan itu ditentukan sama ada mempunyai emas atau sebaliknya bukan lagi rahsia pada masa ini.

Katanya, ini kerana orang ramai boleh melihat melalui peta emas yang disediakan oleh JMG.

Beruang ‘ceroboh’ 7-Eleven, guna cecair pembasmi kuman

“Malaysia mempunyai tiga jalur iaitu jalur timur, tengah dan barat dan melalui peta emas itu ada tompokan-tompokan yang dikenal pasti berpotensi emas.

“Secara geologinya, kawasan itu berpotensi untuk ada emas, tetapi, jika kawasan itu secara geologinya tidak berpotensi untuk ada emas, maka memang tidak ada.

“Jadi yang termasuk dalam jalur itu, maka banyaknya di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Di Johor mungkin ada sedikit, tetapi selalunya tidak ekonomi untuk dilombong kerana melibatkan kawasan seperti Gunung Ledang,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau menambah, pihaknya tidak menafikan terdapat kawasan seperti di Pahang yang berpotensi mempunyai ketulan emas seperti mana yang didakwa itu.

“Sekarang ini aktiviti perlombongan secara surface, tetapi mereka sudah buat kajian dan mengatakan ada potensi dan dalam tanah itu yang berpotensi jumpa ketul-ketul emas yang besar.

“Namun, cara pelombongan dan proses itu berbeza dari permukaan dan itu menyebabkan mereka tak mahu untuk invest (dalam mencari) lagi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Ketulan emas Kampung Bukit Lata ‘tiada nilai’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker