Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19

Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19

Pelakon veteran Fetty Dzul, 63, meninggal dunia akibat Covid-19 tahap lima di Hospital Selayang jam 7.30 pagi, hari ini.

Berita pemergian Fetty atau nama sebenarnya, Fatimah Abd Rahim disampaikan anaknya dikenali sebagai Ijat kepada pelakon veteran, Isma Alif.



Fetty dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan sejak 7 November lalu.

“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Semoga Allah SWT mengampuni arwah Mamy dan mengurniakan Jannatul Firdaus kepadanya. Aamin!

“Terima kasih di atas semua ingatan yang ikhlas dan doa yang baik-baik terhadap arwah Mamy.

“Kami sekeluarga bagi pihak Mamy ingin memohon maaf sekiranya arwah ada salah silap sepanjang perkenalan dengan semua. Minta halalkan makan minum dan perbuatan serta tutur kata arwah Mamy Fetty Dzul. Dia sayang semua orang!,” kata anaknya menerusi mesej kepada Isma Alif.



Keadaan kesihatan Allahyarham semakin merosot sejak malam tadi apabila buah pinggang dan paru-parunya gagal berfungsi.

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan Yasin malam tadi yang disertai rakan-rakan penggiat seni. Allahyarham begitu laris membintangi pelbagai drama dan wajahnya sering menghiasi akhbar dan majalah pada era 1970-an dan 1980-an.

Fetty dikenali peminat kerana sering tampil dengan watak jahat dalam drama dan filem.

Selain pelbagai drama dan telefilem, Fetty turut berlakon dalam filem Boss, Pontianak Bidan Gayah dan Hantu Bungkus Lawan Pontianak. HM



Fetty Dzul meninggal dunia akibat Covid-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini



Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker