Johor tambah peruntukan RM200,000 untuk semua 56 ADUN

Johor tambah peruntukan RM200,000 untuk semua 56 ADUN

Johor bersetuju memberi peruntukan tetap sebanyak RM200,000 kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan diagihkan pada tahun depan, kata Menteri Besar Hasni Mohammad.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak RM50,000 berbanding RM150,000 yang diagihkan pada tahun ini.

Hasni berkata, kerajaan negeri juga bersetuju meluluskan dana tambahan RM50,000 bagi setiap ADUN bagi tujuan perayaan besar seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan lain-lain.

“Rakyat dah muak dengan sentimen politik asabiyah, di bawah pentadbiran saya…kita sentiasa berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima pandangan, kritikan dan cadangan konstruktif.

“Jadi bagi memastikan prinsip dan semangat pendemokrasian supaya Yang Berhormat ADUN Johor memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Johor, kerajaan negeri bersetuju semua ADUN akan menerima peruntukan tetap sebanyak RM200,000 setiap tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2022.

Tambah beliau, peruntukan itu akan diberi melalui jawatankuasa pilihan dengan jawatankuasa berkenaan akan membuat ketetapan untuk dibawa ke Dewan Negeri.

Dalam pada itu, Hasni berkata, bajet kali ini mencatatkan defisit RM286.47 juta dengan unjuran hasil dianggarkan bernilai RM1.671 bilion, manakala unjuran perbelanjaan sebanyak RM1.958 bilion.

Bajet Johor 2022 yang membawa tema “Memperhebat Kesejahteraan Johor” merangkumi empat teras dan 12 agenda utama dengan fokus untuk mendekati dan meringankan bebanan rakyat yang terhimpit ekoran wabak Covid-19 serta menggiatkan usaha awalan dalam memulihkan semula sektor ekonomi secara menyeluruh. FMT

Johor tambah peruntukan RM200,000 untuk semua 56 ADUN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker