Beruang ‘ceroboh’ 7-Eleven, guna cecair pembasmi kuman

Sebaran :

Beruang hitam itu menolak pintu 7-Eleven dan menceroboh masuk ke dalamnya. – TikTok

OLYMPIC VALLEY, CALIFORNIA – Seekor beruang hitam mencetuskan kekecohan apabila menceroboh masuk ke dalam sebuah kedai serbaneka 7-Eleven di California, Amerika Syarikat dan menggunakan cecair pembasmi kuman pada pintu masuk premis itu, lapor akhbar Metro UK semalam.

Seorang pekerja premis tersebut, Rachelle Ducusin, 44, yang berjaya merakam insiden itu menjerit ketakutan melihatkan haiwan itu.

“Oh Tuhanku, ia tahu membuka pintu. Hei, berhenti!” jerit Ducusin dalam video berdurasi 40 saat yang mencatat jumlah tontonan sebanyak 8.3 juta itu.

Beruang tersebut yang pada mulanya menyelongkar tong sampah di hadapan premis itu kemudiannya menceroboh masuk ke dalam 7-Eleven dan mencetuskan alat yang mengeluarkan cecair pembasmi kuman automatik di atas kepalanya.



Ducusin kemudiannya menghubungi pasukan kecemasan yang kemudiannya menghalau haiwan itu dengan menembaknya menggunakan peluru getah. – AGENSI

Beruang ‘ceroboh’ 7-Eleven, guna cecair pembasmi kuman


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib


Sebaran :

Leave a Reply