Gagal cari calon isteri punca penjawat awam serang isteri sepupu

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham dengan seorang wanita menjadi punca seorang penjawat awam bertindak memukul mangsa hingga cedera pada bahagian kepala, kelmarin.

Penjawat awam berusia 35 tahun tersebut naik berang apabila telah membuat bayaran RM2,500 kepada mangsa yang merupakan isteri kepada sepupunya yang dikatakan sudah berjanji untuk mencari calon isteri di laman web Matrimony.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika penjawat awam itu berjumpa mangsa yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di pejabatnya di Jalan 2 Chan Sow Lin, dekat sini.

“Suspek telah membawa mangsa masuk ke dalam lif untuk turun dan semasa di dalam lif, suspek telah memukul mangsa berkali-kali menggunakan tangan pada bahagian kepala.

“Mangsa yang berusia 34 tahun mengalami pendarahan di bahagian kepala dan telah mendapat rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM),” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dan suspek yang mana suspek telah membayar wang sebanyak RM2,500 kepada mangsa untuk mencari calon jodoh di laman web Matrimony.

“Bagaimanapun tiada calon jodoh ditemui dalam tempoh masa enam bulan menyebabkan suspek naik angin lalu bertindak menyerangnya,” ujarnya.

Jelas beliau, penjawat awam itu akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes yang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK) iaitu mencederakan
orang.

Terdahulu, tular satu rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi 2 minit 19 saat memaparkan seorang lelaki membawa masuk seorang wanita ke dalam lif lalu memukul pada bahagian kepala hingga cedera. – K! ONLINE

Gagal cari calon isteri punca penjawat awam serang isteri sepupu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker