Terima upah jadi ‘penguji rumah berhantu’

Penguji rumah berhantu akan menghabiskan masa selama 24 jam di sesebuah kediaman bagi memastikan ia selamat dihuni. – Unsplash

BEIJING – Beberapa agensi hartanah di China membayar individu persendirian untuk menjadi ‘penguji rumah berhantu’ bagi memastikan sesebuah hartanah adalah ‘selamat’ untuk didiami sebelum dijual, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Individu-individu tersebut perlu menghabiskan masa selama 24 jam di dalam hartanah yang dianggap berhantu bagi meyakinkan bakal pembeli.

Hal itu kerana hartanah yang menjadi lokasi berlakunya ‘kematian luar biasa’ amat sukar untuk dijual terutamanya dalam pasaran yang mempercayai fenomena ghaib dan karut.

Akhbar South China Morning Post baru-baru ini memuat naik satu artikel berkenaan ‘penguji rumah berhantu’ yang mengembara dan memeriksa setiap sudut rumah yang didakwa berhantu bagi membuktikan ia selamat dihuni.

Seorang penguji rumah berhantu yang berpengalaman, Zhang dibayar 1 yuan (RM0.66) untuk setiap satu minit yang dihabiskan dalam hartanah yang ‘menakutkan’.

Dia menghabiskan sekurang-kurangnya 24 jam dalam sesebuah kediaman dan akan membuat panggilan video untuk membuktikan bahawa tiada apa yang perlu dibimbangkan.

“Mereka yang melakukan kerja ini perlu mengembara di seluruh negara dan tidak tahu lokasi seterusnya yang perlu dikunjungi.

“Ada antara rakan saya yang menganggap tugas ini mudah kerana hanya perlu tidur di dalam rumah kosong untuk satu malam.

“Mereka meminta saya untuk mendapatkan pelanggan, namun kebanyakan pelanggan takut dan akan berputus asa,” katanya. – AGENSI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker