Polis jumpa 65 rangka manusia dalam kubur besar tersembunyi

Kira-kira 65 rangka manusia ditemukan dalam sebuah kubur besar yang tersembunyi di Mexico, lapor Agensi Anadolu.

Media tempatan pada Rabu melaporkan rangka-rangka itu ditemui dalam kubur rahsia di bandar Alvarado.

Polis mengesahkan jumlah keseluruhan rangka, sambil menambah kubur itu digali di hadapan pendakwa raya dan pegawai polis.



Dianggarkan mangsa dibunuh antara 2011 dan 2012 dalam pergaduhan antara kumpulan samseng.

Barangan peribadi seperti kad bank dan maklumat pengenalan diri turut ditemui pada mayat dan punca kematian mangsa masih disiasat, tambah laporan itu.

Menurut data Suruhanjaya Pencarian Nasional Kementerian Dalam Negeri, negeri Veracruz, Sinaloa, Colima, Guerrero dan Sonora disenaraikan sebagai tempat kubur tersembunyi paling banyak ditemukan di negara itu.

Menurut laporan suruhanjaya pencarian di Mexico, 94,500 orang dilaporkan hilang di negara itu. -Bernama



Polis jumpa 65 rangka manusia dalam kubur besar tersembunyi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Asteroid bersaiz melebihi London Eye hentam orbit Bumi Sabtu ini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker