Misi ke Marikh tingkatkan peluang makhluk asing ceroboh Bumi

WASHINGTON – Satu kajian mendapati bahawa misi manusia ke Marikh telah meningkatkan potensi serangan makhluk asing ke atas Bumi, lapor akhbar Daily Star semalam.

Laporan baharu daripada seorang pakar dalam bidang ekologi dan spesies penceroboh, Profesor Anthony Ricciardi itu menyatakan bahawa makhluk asing boleh memusnahkan ekosistem.

“Disebabkan kosnya yang besar kepada sektor sumber dan kesihatan manusia, pencerobohan biologi merupakan isu bio-keselamatan global yang memerlukan penyelesaian rentas sempadan yang ketat.

“Era penerokaan angkasa lepas membawa risiko baharu iaitu pencerobohan,” katanya.

Sementara itu, Ricciardi turut memberi amaran bahawa interaksi perumah parasit boleh menjadi ancaman.

“Bakteria dan kulat boleh melekat pada kapal angkasa dan bertahan untuk hidup ketika kenderaan angkasa pulang ke Bumi, sekali gus memberi ancaman kepada ekosistem planet ini,” ujarnya. – AGENSI

Misi ke Marikh tingkatkan peluang makhluk asing ceroboh Bumi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anggota tentera hadiahkan penampar upah bunyi ekzos bising

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker