Budak 11 tahun maut, tiga lagi cedera selepas kereta bertembung 4×4 terputus dua

Budak 11 tahun maut, tiga lagi cedera selepas kereta bertembung 4×4 terputus dua

BELURAN: Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas kenderaan dinaikinya bersama tiga lelaki lain terputus dua akibat bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Jalan Beluran Saturan, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang berusia 11 tahun dikatakan menaiki kereta Toyota Corolla bersama tiga lelaki dewasa yang turut mengalami kecederaan.

Difahamkan, kenderaan dinaiki mereka bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo milik Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan berkenaan akibat kejadian itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.18 petang.

Katanya, susulan laporan itu, sepasukan lima anggota dan pegawai bersama jentera dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, salah seorang daripada mangsa didapati tersepit di dalam kenderaan dan usaha menyelamatkan semua mangsa terlibat terus dijalankan.

“Pemandu lelaki kenderaan KKM berada dalam keadaan selamat manakala tiga lagi lelaki yang menaiki kenderaan Toyota Corolla cedera dan terus dihantar ke Hospital Beluran untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir sekitar kawasan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sejurus selepas itu,” katanya. FMT

Budak 11 tahun maut, tiga lagi cedera selepas kereta bertembung 4×4 terputus dua


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi Facelift 2022 mula masuk showroom?

Langgar SOP: “YB Pekan Sentiasa Dalam Perhatian Saya” – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker