‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]

‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]

TIDAK henti-henti terima kecaman… penyanyi dangdut Baby Shima sekali lagi dihimpit kontroversi apabila foto miripnya dengan seorang lelaki di sebuah pusat hiburan tersebar di media sosial.

Tidak berselindung atau menafikan perkara itu, Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, berkata, apa yang dilakukan itu tidak menganggu orang lain

“Saya rasa saya tiada kembar, iya itu memang saya… so kenapa ada masalah ke?



“Rasanya saya tak perlu nak beritahu siapa lelaki dalam gambar tersebut sebab tiada kepentingan pun untuk korang.

“Apa yang saya buat itu tak ganggu hidup orang lain,” katanya menerusi pertemuan dengan mStar.

Menerusi beberapa foto yang dikirimkan kepada mStar, Shima dilihat sedang bermesra dengan seorang lelaki dipercayai di sebuah kelab malam di ibu negara.

Lebih menimbulkan tanda tanya ialah menerusi foto berkenaan kelihatan Shima seperti sedang mencium lelaki berkenaan sambil memegang gelas minuman.



Sementara itu, ketika ditanya sama ada kontroversi yang ditimbulkan sejak kebelakangan ini sengaja dibuat bagi meraih perhatian, Shima sebaliknya menyalah netizen.

Kata Shima dia tidak mampu untuk menutup mulut setiap orang agar berhenti bercakap tentang dirinya.



“Sebenarnya apa yang berlaku pada Shima ni bukan nak tarik perhatian orang atau nak timbulkan kontroversi tapi semuanya disebabkan mulut orang.

“Daripada mulut orang la yang tarik perhatian dan media pick up,” ujarnya

Selain itu, Shima berkata, dia juga kadang kala berasa tertekan dan menganggap dirinya seorang artis yang dibenci oleh netizen.



Shima tidak pernah berniat ingin timbulkan kontroversi.

“Tak dinafikan kadang-kadang ada rasa sedih apabila kena kecam sebab saya ni seorang tapi yang mengecam ramai. Saya rasa down dan tertekan.

“Ada benda yang patut jawab ada benda tak patut jawab terutama hal peribadi saya.

“Ya saya memang nakal tapi tiada la sampai kacau suami orang, kacau rumah tangga orang atau minta duit mak bapa kau,” ujarnya-mSTAR



‘Minta Netizen Jangan Sibuk’, Nampak Macam Baby Shima Bercium Di Kelab Malam [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker