Hawk terhempas: Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan

Sebaran :

Hawk terhempas: Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan

ROMPIN – Jenazah Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Muadzam Shah malam ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 7.28 malam selepas disembahyangkan di Masjid al-Muadzam selesai dikebumikan pada pukul 8.30 malam.

Upacara pengebumian disempurnakan dengan istiadat ketenteraan menyaksikan keranda yang membawa jenazah dilitupi jalur gemilang dan diusung oleh anggota tentera berpakaian istiadat.



Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd. Asghar Khan Goriman Khan serta beberapa pegawai kanan TUDM turut hadir memberi penghormatan terakhir.

Turut hadir kedua ibu bapa Allahyarham Bustamy Tuakal, 70, dan Razilah Daud, 52.

Selesai pengebumian, Mohd. Asghar Khan menyerahkan Jalur Gemilang kepada isteri Allahyarham Mohamad Affendi, Nurul Izzati Shari, 31, disusuli tabik hormat sebagai tanda penghormatan terakhir.

Mohamad Affendi yang bertugas di Labuan, Sabah terkorban ketika sedang menjalani latihan penerbangan di Pangkalan Udara Butterworth semalam.



Dalam kejadian kira-kira pukul 10.07 malam Allahyarham terkorban selepas pesawat jenis Hawk 108 yang sedang menjalani latihan itu terhempas. K Online

Hawk terhempas: Jenazah Mohamad Affendi selamat dikebumikan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini



Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib


Sebaran :

Leave a Reply