Umno Terengganu bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 – Mat Said

Umno Terengganu bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 – Mat Said

Umno Terengganu memutuskan untuk bergerak sendiri dan tidak bekerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata ketuanya, Ahmad Said.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan tidak berlaku sebarang kerjasama antara Umno dan PAS menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri berkenaan.



Katanya, Umno menolak kerjasama dengan PAS dan tidak akan berganjak dengan pendiriannya apatah lagi kerajaan negeri yang ditadbir PAS juga tidak berlaku adil kepada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) ketika pengagihan peruntukan bantuan Covid-19.

“Saya kata PAS tak akan bersama Umno (dan) dia akan pergi PPBM (bekerjasama dengan Bersatu).

“Saya tahu baca politik PAS sebab PPBM (Bersatu) tak ada jentera. Sebab itu, PAS akan gunakan PPBM (dengan) tawarkan jentera dia dan sebagai balasan dia tanggunglah kos-kos untuk pilihan raya dan sebagainya, ” katanya menurut laporan Berita Harian.

Terdahulu, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, memaklumkan parti itu bersedia untuk bertanding di semua lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU15.



Untuk rekod, pada PRU14, enam kerusi Parlimen iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman dimenangi PAS, manakala Umno menang dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu.

Bagaimanapun, kerusi di Parlimen Hulu Terengganu menjadi milik Bersatu selepas Rosol Wahid keluar Umno dan menyertai parti terbabit.

Bagi kerusi DUN pula, PAS memenangi 22 kerusi, manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14. FMT

Umno Terengganu bergerak sendiri, tiada kerjasama dengan PAS pada PRU15 – Mat Said




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi 2022, ini 9 ciri menarik pada model kali ini

Lawak ‘Terlampau’ – Puteh mohon maaf kepada Najib



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker