Penyanyi rock kencing atas penonton

Penyanyi rock kencing atas penonton

DAYTONA, FLORIDA – Seorang penyanyi kumpulan rock di Amerika Syarikat dikecam hebat ekoran aksi melampaunya membuang air kecil pada muka seorang penonton ketika mengadakan konsert, lapor akhbar New York Post semalam.

Sophia Urista yang merupakan vokalis kumpulan Brass Against sedang melakukan persembahan bersama kumpulannya di festival Welcome to Rockville sebelum tiba-tiba memberitahu penonton bahawa dia perlu membuang air kecil.

“Saya perlu membuang air kecil dan saya tidak akan sempat untuk pergi ke tandas. Jadi, kita mungkin akan melakukan ‘persembahan’ bagi aktiviti tersebut,” katanya kepada penonton.

Penyanyi rock berusia 36 tahun itu kemudiannya mengajak seorang penonton naik ke pentas dan mengarahkannya untuk berbaring. Dia kemudian melakukan aksi tidak sopan tersebut.

Sementara itu, jurucakap Polis Pantai Daytona, Messod Bendayan berkata, pihaknya sudah melihat aduan di laman Facebook mengenai insiden memalukan tersebut dan telah meminta pengadu untuk membuat laporan polis.

Menurutnya, Urista boleh dipenjara sehingga setahun atau membayar denda berjumlah AS$1,000 (RM4,163) jika didapati bersalah.

Video insiden tersebut menjadi tular di media sosial dengan ramai netizen meluahkan rasa jijik melihatkan aksi wanita itu.

“Menjijikkan. Saya rasa kedua-duanya mempunyai masalah mental,” kata seorang netizen. K Online

Penyanyi rock kencing atas penonton


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Gangguan seksual berleluasa dalam industri hiburan

Mawar Rashid dilabel materialistik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker