PRN Melaka: Datuk Rauf calon terbaik untuk wakili warga Tanjung Bidara

Oleh Ustaz Jeff

Sudah seminggu kempen PRN Melaka 2021, antara Kawasan panas yang selalu diperkatakan adalah di N.02 DUN Tanjung Bidara apabila Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh dicabar oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati yang dahulunya mewakili BN sebelum melompat ke PPBM.

Tinjauan yang dibuat mendapati peluang Rauf untuk menang dilihat lebih cerah berbanding Mas Ermieyati berdasarkan sentiment bahawa pengundi BN masih tidak boleh menerima tindakan Ahli Parlimen Masjid Tanah meninggalkan BN dan menyokong PPBM.

Menurut Encik Mohamad Risal, beliau merasakan tindakan yang dibuat oleh Mas Ermieyati bersifat pentingkan diri dan tidak tetap pendirian.

Apabila ditanya mengenai Datuk Rauf beliau berkata, “Datuk Rauf merupakan seorang yang ‘humble’, sangat-sangat berjiwa rakyat, sangat suka menolong orang dan sangat-sangat mesra.”

“Mungkin nampak sombong pada karekternya, kalau tengok pada wajah dan air mukanya mungkin nampak garang tapi sebenarnya persepsi tu silap kerana bila dah kenal,  dia sebenarnya sangat mesra.” Kata Risal Ketika ditemui.

Saudara Risal menyeru agar semua rakyat Melaka untuk tidak lagi membuat pilihan yang salah kerana tempoh lima tahun amat lama dan macam-macam boleh berlaku.

Youtube Link :

https://youtu.be/DNUUZeoX7RE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker