Pakatan Harapan berwaspada di lima kerusi
PERTEMBUNGAN lebih tiga penjuru yang menjadi norma baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memungkinkan Pakatan Harapan (PH) tidak akan berdepan masalah untuk mengekalkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang parti itu.
Kerusi-kerusi berkenaan adalah Gadek, Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir, Machap Jaya, Kelebang, Bukit Katil, Kota Laksamana, Durian Tunggal, Duyong dan Bemban.
Dari segi keterbatasan kempen, sukar untuk dinafikan PH terutamanya DAP merupakan blok paling menyerlah berbanding Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), berikutan setiap hari pasti terdapatnya jemputan sidang akhbar mengulas berkenaan isu semasa.
Namun, dalam keterujaan tempoh berkempen yang hanya berbaki kira-kira empat hari sahaja, sikap over confident atau terlalu yakin dikhuatiri akan membunuh jentera pimpinan Adly Zahari, terutama di lima DUN berstatus ‘kelabu’.
Tiga kerusi kritikal buat PH adalah Gadek, Durian Tunggal dan Kelebang yang mana kawasan tersebut dimenangi dengan majoriti tipis bawah 1,000 undian pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Begitu juga dengan dua lagi kerusi iaitu Duyong dan Bemban yang kini sudah beralih status kepada kawasan majoriti Melayu.
DUN Gadek merupakan kerusi paling perlu diberikan lebih perhatian, memandangkan penyandangnya, G. Saminathan hanya menang dengan majoriti 307 undian.
Mengambil kira pertembungan enam penjuru yang perlu dihadapi Timbalan Pengerusi DAP Melaka itu, kerusi tersebut berpotensi besar mampu dirampas calon BN, VP. Shanmugam atau calon Melayu PN, Amir Muharam.
Kerusi Durian Tunggal juga dilihat mampu dimenangi semula oleh BN melalui calonnya, Zahari Abd. Kalil yang juga Bendahari UMNO Bahagian Alor Gajah.
Begitu juga dengan DUN Kelebang disandang Ketua Cabang PKR Tangga Batu, Datuk Gue Teck, hampir pasti ‘nyawa-nyawa ikan’ selepas PN meletakkan calon Melayu, Bakri Jamaluddin daripada Pas.
Pada PRU-14, Gue Teck berjaya menewaskan calon BN, Datuk Lim Ban Hong dan calon Pas, Mohd. Shafiq Ismail dengan majoriti 789 undian.
Dalam pada itu, meskipun PH meletakkan calon heavyweight di DUN Bemban iaitu Pengerusi DAP Melaka, Datuk Tey Kok Kiew menggantikan penyandang, Datuk Dr. Wong Fort Pin, tindakan itu dilihat seolah-seolah cubaan membunuh diri.
Fort Pin seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik di kawasan itu sepatutnya dikekalkan, memandangkan beliau amat dikenali masyarakat.
Tambahan pula, PN bagai sudah menghidu kesilapan tersebut, kemudian meletakkan calon Melayu daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Yadzil Yaakub yang juga seorang doktor perubatan. -UTUSAN
Pakatan Harapan berwaspada di lima kerusi
Baca Artikel Menarik:
- Sanusi sindir TMJ lagi, diet sakan tak boleh menang juga
- Pedofil paksa remaja ukir nama pada payudara
- Rupanya objek keras dan tajam – Daphne Iking
- Peminjam B50 boleh mula mohon URUS
- PRN Melaka: Aku Janji PN hanya silap mata Muhyiddin?
- PRN Melaka: Calon PN hanya mampu jaja nama ‘Abah’
- Siakap vs empurau, mana lagi mahal?
- Makanan paling mahal dalam dunia, ayam selasih
- 5 Makanan Kayangan Paling Mahal Yang Boleh Didapati Di Malaysia
- Doktor bidas Rita Rudaini
- Lokasi Kaum Thamud Yang Diazab Oleh Allah S.W.T Dan Kisah Nabi Salleh A. S [FOTO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Muhyiddin lebih gemar serang BN daripada kempen untuk PN